Thursday, 22 March 2018

Jarangnya Kita Muhasabah Diri Dalam Kehidupan Seharian

10:38 1
Bila kita rasa diri kita termuhasabah?


jarangnya-kita-muhasabah-diri-dalam-kehidupan-1


Yup! Bila kita pergi program motivasi. Kan ada slot yang nangis-nangis itu. Balik program memang lain macam lah rasa insaf dan termuhasabahnya. Tapi selang beberapa hari kemudian, herm kembali kepada yang asal. 

Kita kan manusia, biasalah begitu. Iman turun dan naik. Semangat juga turun dan naik. Sebab itu  orang Islam disarankan pilih sahabat yang soleh solehah. Supaya sentiasa terinspirasi dan termuhasabah setiap masa. 

Muhasabah ialah kita meneliti modal dan untung rugi bagi mengenal pasti sama ada harta kita bertambah atau berkurang. Modal dalam perkara agama ialah AMALAN FARDU. Keuntungan dalam agama pula ialah AMALAN SUNAT dan PERKARA YANG BAIK.

Kerugian pula ialah PERKARA MAKSIAT yang telah kita lakukan. Jika kita terlanjur lakukan PERKARA MAKSIAT dan KERUGIAN, kita perlu tampung semula dengan perkara sunat yang membawa kembali keuntungan.

Aik macam usahawan pula Fana kan? Dalam buku Minhajul Qasidin yang gambarkan begini tau. Fana sampaikan sahaja. Hihi. Tapi indahkan gambaran itu.  

Memanglah sepatutnya seorang daie/ pendakwah muda harus ada fikiran seorang USAHAWAN. Sentiasa fikirkan keuntungan dalam kehidupan. Ghairah untuk buat banyak amalan sunat. Teruja untuk cari lebih ramai adik untuk ikuti usrah dan program membina jiwa islami. 

Cuba anda buka Al-Quran dan selak surah al-Hasyr. Ayat 18. Cuba baca ayat dan terjemahannya.


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang telah dia sediakan (daripada amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat)..." 

Jika kita perhatikan betul-betul, frasa melihat dan memerhatikan itu menyuruh kita menghisab atau memuhasabah apa yang telah kita lakukan, sebagai persediaan hari akhirat.

Sungguh amalam ini sungguh penting dan mulia di sisi Allah. Hingga dirakamkan dalam Al-Quran, kitab panduan seluruh umat sedunia. 

Jarangnya Kita Muhasabah Diri Dalam Kehidupan Seharian

Dalam konteks seorang daie, jika seruan kita atau ajakan kita untuk ke program tidak berjaya, amalan ini patut kita utamakan. Kita sepatutnya muhasabah kenapa mereka sukar dengar seruan kita. Adakah cara kita yang salah? Atau adakah kita sendiri belum cukup qudwah untuk ajak buat baik? Atau apa. 

Pokoknya adalah muhasabah. Bukan mencari salah sehingga kita down dan terasa terseksa, cuma cari mana punca yang boleh diperbaiki untuk lebih BERJAYA.

Anda boleh teruskan pembacaan tentang Jarangnya Kita Muhasabah Diri dalam buku Cakap Biar Serupa Bikin, karya Ukhti Mawar. 

Boleh klik gambar buku di atas untuk pembelian. Terima kasih daun keladi sudi baca sampai sini. 

Thursday, 15 February 2018

SIAPA PEDULI EMOSI KITA

20:12 2
Dua hari sudah Fana log out facebook. Rasa macam sedih sangat dan kesal dengan apa yang berlaku. Tular di sini sana akhawat buat post tentang akhwat yang berniaga di medium facebook ini. 

Akhawat lagi kah dia?

Ayat ni paling tak boleh blah lah. Alamak tercakap blah pula. Maaf maaf. Banyak siri posting yang sebenarnya Fana pun tak tahu ia berlegar, lepas masulah post di group usrah, okay baru tahu ada isu besar melanda. 

Memang rasa down sangat sebab Fana dapat rasa Fana antara punca semua ni berlaku. Ayat salah satu posting itu tentang:


Ada akhawat ana selalu follow sebab selalu post pasal sharing basah, tapi sekarang asyik pasal bisnes saja. 

Memang nampak sangat transisi tu. Akhawat dah tak like dan komen post Fana lagi. Even bukan posting bisnes MJ. Dan seakan semuanya sudah berlainan dunia. Berbeza. 

Fana tak pernah salahkan jemaah atau dakwah itu sendiri. Apa yang silap adalah bagaimana sesama akhawat deal dengan perasaan, sangkaan, pendapat dan  rasa membuak menyampah dengan apa yang akhawat lain buat. 

Sampaikan ada akhawat yang tak reply mesej Fana walaupun sudah baca. Dua kali Fana hantar. Benda penting pula itu. Aduh! Sedih, geram semua bercampur. 

Tak suka dengan sikap kita yang asyik post pasal bisnes, tak post pasal tarbiah, hilang identiti, berlagak macam Nealofa selfie sana sini, sampaikan sosok kita sendiri mereka tak suka. Kira boikot lah tu eh. 

Kan selalu dalam tazkirah cakap, benci apa yang orang itu buat, tegur. Dan bukan benci orangnya terus. 

Sudah berbelas tahun dalam tarbiah, tahun ini adalah yang paling mencabar sungguh. Berhadapan dengan pendapat yang pelbagai sisi kematangan bikin diri sendiri terawang antara kesempitan diri, pendapat orang lain, prinsip sendiri. 

Kalau rasa silap, tegurlah tanpa ada perasaan benci. Tegurlah secara personal tanpa mengaibkan di sana sini. Kita banyak follower, orang share kita punya posting bukan bermakna kita MENANG dan yang diperli tanpa pembelaan itu KALAH. 

Anda telah menyesakkan emosi dia. Anda telah menghancurkan semangat dia. Anda telah membuatkan dia rasa ingin lari. Anda telah membuatkan dia murung dan rasa tiada orang disekelilingnya. Jika ada yang pergi, andalah penyebabnya.

Berhati-hatilah dalam memberi nasihat. Media sosial bukan segalanya.  Suruh kami berbalik kepada asolah akhawat sebenar, kembalilah anda semua kepada asolah method nasihat yang sebenar. 




Duniaku gelap dengan kesuraman ukhuwah dulu. 

Sunday, 21 January 2018

SEMINAR MARKETING X ANJURAN FUNNEL EVO. BEST KE?

17:30 0
Assalamualaikum semua. Terima kasih sebab sudi singgah merehatkan mata anda di page ini. Hari ini Fana nak story sedikit tentang Seminar Marketing X yang Fana join pada Sabtu lepas. Sudah seminggu berlalu, tapi baru nak buat entry kan. Hihihi.





Buat pengetahuan semua, Seminar Marketing X ini telah disponsor oleh HQ Mary Jardin untuk 100 agen yang mendaftar awal. Masa Fana baca memo tentang sponsor ini, Fana rasa macam mahu menangis saja. 

Sebenarnya memang tengah down juga sebab dalam vision board memang sudah letak untuk join IMKK Mac nanti. Tapi disebabkan ada program tarbiah yang lebih awla (utama), Fana batalkan hasrat, padahal hampir-hampir transfer duit yuran juga. Yang IMKK pun pergi atas tiket agen MJ. Baik kan Dr Maryam.  

Sebab itu sampai mahu menangis bila iklan Seminar Marketing X ini keluar. Rasa macam Allah swt bantu beri jalan yang lain untuk kaut ilmu dan pengalaman. Tambahan lagi, memang Sabtu tersebut tiada apa-apa program. Ya Allah, syukur sangat! Terima kasih Allah yang Maha Pemurah. 

Nampak tak? Satu hilang, ada benda yang datang ganti yang hilang itu. Allah itu sentiasa adil pada hamba-Nya. Usah risau dan bersangka buruk. Positif sentiasa tau kawan-kawan. 

Mengikut perancangan sebenarnya memang Fana akan pergi seorang ke Ara Damansara itu. Sebab tiada agen MJ dari Melaka yang join sama. Dengan kereta punya stereng tak berapa elok, batang apa entah dekat bawah bahagian tayar kanan pun tak betul, duk serabutlah hari Khamis itu cakap nak pinjam kereta pak cik Fana. 

Tetiba baba cakap kereta tu boleh pakai sebenarnya. Tapi jalan pelan-pelan lah. Tapi kalau dapat betulkan batang apa entah tu, lagi best dan smooth perjalanan. Kalau pelan-pelan jalan, bila nak sampai. Hahaha. 

Tup tup, baba telefon pomen kata suruh cari barang cepat, sebab Fana nak guna kereta untuk ke KL Sabtu ini. Pastu hantarlah kereta ke rumah pomen. Pejam celik, makan tidur, pomen cakap kereta tak boleh siap, barang tak sampai lagi. Huhuhu. Padahal dia kata barang sudah ada. Kuikuikui. Sungguh ku tak mengertii. 

Tapi kesian juga kat pomen itu. Sebab dia kalut dengan baby dia yang baru keluar tu kena buat pembedahan. Baby tiada lubang dubur. Kesian sangat kan. 

Pastu Jumaat malam itu juga kami ambil kereta. Kiranya tak bikin apa-apa lah. Macam mana hantar macam itulah ambil semula. Malam itu juga Fana kalut print segala maklumat entah peta, tempat parking dan sebagainya. Punyalah takut kan. Tempat baharu lah katakan. 

Baba siap carikan waze siap-siap Evolve Concept Mall itu. Sekali bangun tidurr esokkkk. 


"Dah bangun. Baba kau dah cuti. Nanti pergi sekali."

Dengan selamba mama cakap kat pintu bilik. Jam 4:30 tengah terkulat-kulat tak berapa nak faham sangat butir bicara apa tu. 

Eh, kenapa cuti pula?  

Dah lah bangun cepat. Banyak tanya pula. Hahaha. Pepagi sudah kena marah tau. Begitulah keluarga kecil Fana. Nampak macam marah marah kasar, tapi sebenarnya lembut saja tu. Melaka kan. 

Rupanya masa Fana sudah tidur malam tadi, mereka berdua diskus kot. Tu yang baba ambil keputusan cuti terus. Mama memang dok risau sangat sampai nak ikut. Nak tahu sebab apa?

Sebabbbb Fana suka terlelap kalau memandu pagii. 

Okaylah! Alhamdulillah setelah sampai di tempat program, Fana terus masuk dengan yakinnya. Siap berbaju sejuk tau. Musim sejuk kan waktu itu. 

Sekali nampak kak Ezza Almi. Fana pun kejar kak Ezza dan ikut beliau macam tour guide. Hahaha. 

 Bila ada orang tanya best ke Seminar Marketing X ini?

Awak rasa apa jawapan Fana.

Gila tak best. Punya jauh dan jihad Fana dan keluarga nak datang. Fana nak cakap seminar ini tak best? Memang ego betul Fana kalau macam itu. 

Masuk saja dewan. Memang rasa semacam saja tau. Dewan gelap, tapi atas pentas ada lampu macam konsert tu. Wah!!! Memang pertama kali Fana pergi program macam ini. Rusa masuk kampung lah. 


Lain machiamm kan?


Awal-awal program Tuan Fahdi ajak para peserta sama-sama baca doa Dhuha. Ambil berkat. Aha! Permulaan yang baik. Sudah tentu isi program ini baik dan diberkati insya-Allah. 


Allah sebagai PARTNER dan CEO saya!

Awal-awal juga, Tuan Fahdi sudah cerita tentang kuasa istighfar. Beliau dulu berguru dengan Ustaz Fathuri yang tulis buku Mudahnya Menjemput Rezeki yang bestseller tahun lepas itu. 

Antara yang kami belajar dalam Seminar Marketing X tempoh hari ialah macam mana nak conquer integrated marketing. Kita sudah tak boleh untuk fokus menjual di fesbuk saja. Tahun ini 2018 kena kuasai semua channel dalam alam maya. 

Kalau kita sebut tentang INTEGRATED MARKETING, kita perlu bayangkan dengan jelas apa itemnya.

Marketing X itu ialah channel marketing, tumpang ombak, web dan personal branding

Makanya di sini, anda yang online seller ini mesti sedar bahawa bukan fesbuk saja tempat menjual. Ada lagi instagram, youtube, google search. 

Dan sangat ditekankan untuk ada web bisnes sendiri. Fuh! Memang berasap lah. 

Paling kerap perkataan yang keluar ialah KUMPUL DATABASE, KUMPUL DATABASE. 

Lepas buat apa-apa marketing pun, jangan lupa kumpul database pelanggan dan prospek kita. Itu nadi bisnes kita akan sustain lama. 


Rezeki itu tak lambat tak cepat, rezeki tak salah alamat.
Susah-susahkan diri, tinggalkan apa yang Allah benci, nescaya mudah-mudahan saja Allah kabulkan hajat di hati. 

Best kan ayat Tuan Fahdi. Meresap sungguh. 

******

Sesi petang pula Puan Dila cerita tentang dua R. Rahim dan Rahman. Memang membuka minda sungguh. 

Dengan pesona Puan Dila yang lembut itu. Sejuk saja hati mendengar dan memandang. Cewah!

*****

Malam pula kami belajar tentang Youtube dan blog/website. 
Banyak benda baru Fana belajar. Alhamdulillah. Tapi yang asas sajalah. Nak belajar details kena masuk dalam Funnel Hacker. One day Fana akan join insya Allah. 

Terima kasih Dr Maryam, terima kasih Mary Jardin, terima mama baba dan terima kasih Allah yang Maha Penyayang.

Terima kasih anda yang sudi baca sampai habis. uhuk! Terharu tau.  


Bersama suries di Marketing X



Thursday, 18 January 2018

6 Makanan Punca Jerawat Timbul Di Muka

12:24 0
Assalamualaikum pembaca. Tahukah anda ada beberapa jenis diet pemakanan anda sehari-hari, yang boleh menyumbang kepada pembiakan jerawat dengan lebih meriah dan berkeluarga beranak-pinak. 


jerawat, radang kulit muka, parut jerawat



Mari kita semak bersama-sama adakah 6 makanan dan minuman di bawah ini merupakan makanan feveret anda. Jom!



  1. Gula putih. Tingkatkan produksi insulin sehingga produksi sebum menyumbatkan hujung-hujung pori.
  2. Produk tenusu seperti susu dan keju. Produk tinggi kalsium ini perlu dikawal kekerapannya. Susu boleh mengganggu-gugat kestabilan hormon. 
  3. Minuman berkafein dan berkarbonat. Adrenalin merembeskan hormon stress dan boleh ganggu tidur anda. Tidur yang tidak cukup akan menggalakkan pertumbuhan jerawat. Perlu diketahui ialah tubuh manusia memerlukan hanya sejumlah tertentu glukosa agar berfungsi dengan baik. Sekiranya kamu makan karbohidrat lebih daripada yang apa diperlukan oleh tubuh, maka masalah kesihatan seperti diabetes dan jerawat boleh berlaku. 
  4. Makanan segera, ringan dan bertin. Kita memang tidak digalakkan untuk makan makanan yang telah diproses dengan kerap. 
  5. Alkohol.
  6. Makanan bergoreng. Minyak yang sukar dicerna akan menyebabkan kandungan gula meningkat dalam darah dan menghasilkan jerawat, bukan kulit baharu. 
Itu dia 6 jenis makanan ini amat merbahaya untuk para wanita yang mahu bebas jerawat dan mengimpikan kulit wajah yang bersih.

Anda boleh baca di sini untuk maklumat tambahan tentang musuh utama kita.  


Nur Farhana Zali
Ukhti Mawar
Agen Mary Jardin Melaka
011-37182246

Sunday, 14 January 2018

CEO Mary Jardin Keluar TV Al-Hijrah Selepas Setahun

23:48 0
Assalamualaikum semua. Fana nak beritahu berita gembira. Seperti yang anda baca tajuk post kali ini. Teruja kan. Bila ceo Mary Jardin, Dr Maryam Aziz keluar tv Al-Hijrah, semua agen gembira teruja tidak terkata. 

Mestilah gembira. Pengasas doktor muslimah keluar tv promosikan barang baik lagi halal kan. Barang baik sudah pergi berlangkah lebih jauh selepas setahun dilahirkan. Alhamdulillah. Lebih ramai akan dapat manfaat selepas ini. Insya-Allah. 



Video keluar dalam slot Assalamualaikum. Bukan main lagi para peserta Make Up Workshop dan English Hi-Tea jadi retis tau. Meriah berwarna ungu semuanya. Oh, rakaman video itu diambil sempena training MUA di hq, Star Avenue Shah Alam, 7 Januari yang lalu. 

Bagi yang belum mengetahui tentang Mary Jardin, mari Fana cerita sedikit. Mahu dengar tak?



Mary Jardin

Mary Jardin ini satu syarikat yang mengeluarkan skincare organik bebas bahan kimia dan bebas paraben. Semua orang takut kan dengan paraben. Semua orang juga takut dengan bahan kimia yang akan merosakkan kulit wajah kita. 



Sebenarnya Fana tak dapat tengok pun. Waktu geng surilavender beritahu masuk tv al-Hijrah, Fana tengok jam sudah jam 10 pagi. Aduyai memang terlepas lah kan. Meroyan kejap belakang pintu. 

Nah, lihatlah beberapa keping slot yang meriah ya amat. Syiokk betul. 

ceo-mary-jardin-keluar-tv-alhijrah (1)



ceo-mary-jardin-keluar-tv-alhijrah (2)



ceo-mary-jardin-keluar-tv-alhijrah (3)

Lepas ini kita masuk tv3 pula tau Dr Maryam Aziz. Hihi.

MUA Workshop yang Paling Natural di Malaysia 2018

14:27 0
Assalamualaikum semua. Mesti ramai kan yang tertanya-tanya. Apa pasal pula Mary Jardin buat MUA workshop ni? Masuk list hot

make up workshop Malaysia

pula tu? Ajak Farah Lee lagi tu? Bukan kah MJ jual produk skincare dan makanan tambahan kesihatan? Uh!


MUA-workshop-yang-paling-natural-di-Malaysia-2018(1)


Apa pasal? Apa pasal ini? 

Sudah lah ada tutorial natural look lagi tu. Hands on terus lah apa lagi. 

Buat pengetahuan anda, bulan Februari depan Mary Jardin akan lancarkan beberapa produk kosmetik yang asas bagi semua wanita sedunia. MJAC (Mary Jardin Artisan Cosmetic) akan keluarkan 2 pilihan warna foundation yang senang blend dengan wajah anda, 5 warna lipmatte yang tak keringkan bibir anda, satu palet blusher yang mempunyai 4 warna dalam satu palet yang sama dan loose powder.



MUA-workshop-yang-paling-natural-di-Malaysia-2018(2)
ada pilihan light dan natural untuk bedak asas.
MUA-workshop-yang-paling-natural-di-Malaysia-2018(3)
Ini antara produk yang peserta gunakan semasa mekap workshop tempoh hari. Sweet kan cermin tu. 

Fuh! Memang berasap-asap tau semua. Siapa yang memang suka make up simple untuk akad nikah dan nampak ala Korea, memang sesuai sangat pinang MJAC nanti. 

Sudah tak sabar nak milik kesemua item hot ini Februari nanti. Bagi yang tak pergi MUA workshop 6hb Jan yang lalu memang teruja gilos tau, boleh anda bayangkan peserta yang hadir ke MUA workshop itu, pergh bertambah-tambah gilos mereka. 

Dekat posting fesbuk semua sibuk puji betapa senangnya foundation blend dengan muka mereka, bbetapa sweetnya warna lipmatte dan yang paling pelik ialah tak keringkan langsung bibir mereka. Bedak asas ni sesuai juga untuk kulit berminyak dan jerawat. Jadi tak bercapuk atau terlalu melekit untuk jenis kulit begini. 

Waduh waduh. Memang bikin sakit kepala baca tau.


Make Up Natural Ala Korea



Kalau anda lihat gambar team Fana MJBelle dan Surilavender di bawah, memang natural sangat kan hasil wajah mereka. Tidak terlalu over dan menonjol. Just nice gitu. Suka sangat tengok tau. 


MUA-workshop-yang-paling-natural-di-Malaysia-2018(4)


Apa yang pasti semua bahan kosmetik ini bebas kimia dan halal semua. Cuba anda bayangkan bahan apa yang buat lipmatte itu lembap sahaja di bibir? Pastu cuba anda bayangkan macam mana orang yang tak biasa make up rasa selesa sangat bila tepek foundation, blusher dan lipmatte itu? Pelik tapi benar. 


MUA-workshop-yang-paling-natural-di-Malaysia-2018(5)
Sweet saja kan?


Aha! sudah semestinya kandungan dalam itu natural dan selamat kan. Selalunya kan kalau orang yang tak pernah mekap muka dan mekap sekali seumur hidup waktu jadi raja sehari, memang akan rimas dan rasa muka berat macam badut, tapi mereka tidak langsung tau. Haish. 

Tengoklah reaksi mereka di bawah ini. Geram pula Fana rasa. Hahaha. Sebab Fana tak dapat pergi kan. 


MUA-workshop-yang-paling-natural-di-Malaysia-2018(6)


MUA-workshop-yang-paling-natural-di-Malaysia-2018(7)


Barangsiapa yang terliu baca entry Fana ini dan memang sedah terlepas untuk join MUA workshop ini, anda boleh join MUA WORKSHOP Mac nanti. Ada lagi lah. Dengan MUA terkenal Shazreeyana Shukri yang gojes itu.


MUA-workshop-yang-paling-natural-di-Malaysia-2018(8)


Anda boleh daftar kan diri di link ini tau. Siapa cepat memang akan tak sempat menyesal macam Fana hari tu. 

Wednesday, 10 January 2018

2 BAHAN BOLEH ATASI MASALAH KULIT MUKA KERING DAN MENGELUPAS

14:13 0
Assalamualaikum pembaca yang bahagia. Hari ini Fana nak kongsikan 2 bahan yang wujud dalam kosmetik atau skincare yang boleh selesaikan masalah kulit kering dan mengelupas anda. 

Ekstrak lavender dan ekstrak daun teh hijau.


ekstrak-teh-hijau-selesaikan-masalah-kulit-kering.jpg
Kredit kepada manfaattehijau123.blogspot


Menurut laman web Mary Jardin, teh hijau dan matcha adalah dua benda yang berbeza. Hari itu sepupu Fana balik bercuti semester. Dia belajar di Jepun. Sekali dia bawa balik hadiah coklat matcha dan biskut kapal yang femes itu. 

Matcha? Apa benda matcha ni, ma? 

Punyalah search dan tanya di facebook, sekali ada kawan tu cakap teh hijau. Fana pun macam "Oooo..."

Sebenarnya teh hijau lebih kepada daun teh itu sendiri, tapi matcha lebih kepada teh hijau yang telah diproses jadi serbuk. Gitulah ikut kefahaman Fana. 

Baik! 

Apa yang hebat sangat bahan ini untuk masalah kita sekarang? Kulit kering, mengelupas dan sensitif. 

Antara khasiat teh hijau ialah ia boleh jadi agen antipenuaan. Hah! Suka kan bab nak awet-awet muda ni kan. 

Kalau sebut penuaan mesti kita terbayang satu benda. Cuba awak teka apa dia?

Aha! Betul! 

KEDUTAN. 

Siap caps lock lagi tu. Betullah kedutan sangat berkait rapat dengan nampak tua daripada usia. 

ekstrak-lavender-selesaikan-masalah-kulit-kering.jpg
Kredit kepada allaboutmannatech.com


Sama juga dengan ekstrak lavender, salah satu fungsinya ialah antikedut. Kan Fana dah cakap kalau pakai serum insya-Allah nampak muda sebab dua bahan ini ada dalam serum yang berspf 30 itu. 

Selain anti-kedut, lavender juga berfungsi sebagai antiseptik, antifungal dan merawat jerawat. 

Maknanya bukan boleh selesaikan masalah orang berkulit kering saja, yang berkulit berminyak dan berjerawat juga. Lavender boleh matikan fungal bawah kulit yang menyebabkan jerawat itu. 

Bagi yang masih tercari-cari lagi skincare untuk kulit kering dan berjerawat, boleh wasap Fana (011-37182246)

Ini baru dua bahan tau Fana cerita. Ada lagi 1001 kelebihan serum spf 30 Mary Jardin. Next entry Fana cerita lagi.