Sunday, 1 April 2012

Sehari yang sunggu bermakna..

Salam ceria buat bulan April..perlahan-perlahan dia melangkahkan kakinya ke dalam pintu waktu kita.. bulan April adalah bulan feveret aku..hehe..Kenapa???

Sebab ramai hari lahir orang tersayang berada dalam bulan ini...maknanya banyaklah ongkos yang akan mengalir..huk..~aku memang suka bagi orang hadiah..sebab..orang akan happy lepas dapat hadiah..betul tak?? Kalau orang lain happy, aku pun terjangkit rasa 'happy'nya tuh..~

Buat para pembaca entry kali ini, jom kita tajdid..maknanya perbaharui.. mari kita tajdid niat kita semula..kenapa kita hidup..kenpa kita bekerja atau belajar..atas kerana Allah atau kerana perkara yang lain.. Hem..ramai orang tak hepi bila datang pagi-pagi ke tempat kerja.. rasa-rasanya kenapa eh?

Itu sebab kan, dia tak niatkan masa keluar rumah bukak pagar.." aku datang kerja pada hari ini kerana Allah..untuk mencari rezeki yang halal..demi menyara famili yang mana amanah yang Allah beri padaku dan demi kelangsungan dakwahku.."..hah..penah ke pagi-pagi doa macam ni.. kalau buat hari-hari, insya Allah kerja tu smooth je.. cam takde masalah je..angin elok je.. kena marah pun rasa macam nak gelak je..hehe.. <ngarut-ngarut dh dia ni..>


Okaylah..nak cite nih.. sapa yang nak dengar, dengar la..yang tak nak tu sila pegang tetikus anda dan klik pada item pangkah berwarna merah di atas..harap maklum..terima kasih..hehe..gurau je la.. itu pun nak sentap..

Kan semalam aku ngan ain ngan natrah pergi karnival dekat kolej uniti tu.. kan kami pergi forum 'Aduh, Syoknya!'.. bukan syoknya cinta si kekasih hati..yang bukan mahram tu..tetapi syoknya kasihkan ibu kita.. best kan tajuk dia..



Panelis 2 berada yang tidak asing lagi.. Dr Tuah dan ustaz Dzul Karnain... abang dan adik.. sama hebat.. dilahirkan oleh seorang wanita yang hebat..alhamdulillah.. dengan berbaju merah mak ngah Dr Tuah segak confident di atas pentas..agak teruja jugak la aku tengok.. iyela..cube bayangkan ikon kita masa kecik-kecik dulu..teringin sangat nak jumpa..tetiba sewaktu umur sweet-sweet 17 ni..dah dapat jumpa.. semua perancangan Allah swt kan..memang HEBAT!!! thanks ya Allah...!



Aku nak share la sikit kan apa yang kami dapat semalam.. kan kita disarankan untuk menyampaikan walaupun hanya sepotong ayat.. hah, ni nak sampaikan berpotong-potong.. meh...

Senangkan kalau nak kahwin..tapi kalau nak kekalkan kebahagiaan sesuatu itu amatlah susah kan?
Senangkan nak beli kereta mewah, tapi kalau nak consistent bayar tiap-tiap bulan tu yang susah..!

Perkara yang selalu kita fikirkan..dan pertikaikan..memang mudah. nak dapat..tapi nak kekalkan amat sukar..betul tidak? Siapa yang setuju sila angkat kaki anda..hah..Allah nampak tu awak angkat ke tak?

maap!! tulisan doktor...


Dr Tuah kata ada 3 prinsip @ petua nak dapat kekuatan untuk kekalkan apa yang kita ada.. insya Allah jom..<Allah beri aku kekuatan untuk terus menyampaikan..>
  1. Jaga MENTAL= carilah ilmu jangan pernah STOP!
  2. Jaga FIZIKAL = Jismus salim..
  3. Jaga SPIRITUAL = penguat nurani.. 
Siapa tahu apa itu nurani? Ce jawab.. hah..nak bagitau ni.. NURANI adalah sesuatu yang ikhlas dan jujur daripada hati dan rohani.. lebih mulus dan suci ( tambahan sendiri)..sebab tu pentingnya kita menjaga amalan seharian kita.. bacaan al-Ma'thurat jangan pernah tinggal..insya allah terjaga 3 prinsip di atas..

soalan dari student kolej uniti.. soalan feveret tu..





aduss..ni yang susah..huk..







Nak tengok apa yang daku beli..huhu..mengikut bajet setelah ditolak tambah..ciput la..



Alhamdulillah..dapat diskaun..tu yang macam nak gila tengok buku-buku tu semua..

Hajah Maryam, ibu Dr Tuah n ustaz Dzul Karnain..kiri sekali..

buku kanak-kanak..hehe.. untuk 3 orang sepupu perempuan ku yg becok..


bangun la oi..huhu..with signature..


Mari lihat satu kepelikan..bukan peminat baca novel tetapi beli novel... kenapa agaknya ye..???


sebab cover cantik gile..hehe..


hehe..cantik kan..
 Buka sebab cantik je act..nak tengok macam mana seseorang penulis tu create cite best sampai jadi femes dan disukai ramai tulisannya...

Dah banyak membebel ni..nak stop la.. salam HM..Highly Motivated..!

No comments:

Post a Comment