Tuesday, 10 April 2012

Jom ambil peduli!!!

Tentang apa? Hem..tentang isu halal..kalau cakap about halal dan haram..apa yang terlintas dalam fikiran korang semua..

Nak teka la..mesti korang fikir terus kepada makanan dan minuman kan? Betul tidak?

Jom jengah kejap apa maksud halal sebenarnya...


Yup!! memang kita tidak disebarkan luas tentang isu ini..sama ada di media cetak..atau media elektronik sendiri..sebenarnya bukan mende tu aje.. dari banyak segi kita kena tengok tentang halal haram ini...perkhidmatan dalam sesuatu institusi... alat-alat yang korang pakai untuk make-up.. pembungkusan sesuatu produk..semuanya kena tengok tau..

 kat sini nak bagi satu tepukan yang teramat hebat kepada stesen TV Alhijrah..ke atas penyiaran programnya iaitu 'Ejen Halal'..memang superb!!!



Bagi siapa yang pernah tengok ataupun memang mengikuti dengan setianya..mesti akan beri tepukan yang sama macam aku..yelah...banyak maklumat tentang isu yang agak terpinggir ini mereka ketengahkan.. tentang logo halal yang diiktiraf di seluruh dunia..lagi-lagi dari negara China..mesti sentiasa ragu-ragukan..pasni, boleh la check ye logo mana yang benar-benar betul..hehe..dan juga syarikat pengeluar yang sudah didaftarkan sebagai halal..dan banyak lagi lah..untuk korang di luar sana tu..rajin-rajin la tekan control Astro korang kepada 114..setiap hari khamis jam 10 malam..insya Allah banyak maklumat yang korang dapat..


Jangan lupa like fan page dorang ye..rugi kalau tidak ambil peduli pasal halal haram ni.. sebab semua mende yang korang makan dan minum seharian..akan jadi darah daging korang..hem..bab tu la yang ramai otaknya susah nak mengingat < khas buat diriku..>..hati pun keras semacam..lebih-lebih keras dari batu..batu kalau kena tujaman air terjun pun lama-lama jadi lekuk..ni hah, hati kita ni, sudah hampir beribu-ribu mulut menasihat pun tak lut jugak..


Last but not least; 
Rajin-rajinlah mengakses laman sesawang yang bermanfaat seperti ini:





Jangan malas untuk bukak eh..ingat!! " What you eat is what you are!".. maknanya kalau haram apa yang kita makan..so, peribadi kita pun mesti tidak berapa indah..astaghfirullah...



No comments:

Post a Comment