Wednesday, 25 April 2012

Semangat Jiddiyah letuskan larva kejayaan!

Salam rindu buat korang semua..alhamdulillah setelah melalui hari-hari yang mencabar akhirnya dapat juga ku teruskan bersama papan kekunci yang sudah agak berhabuk ni..[bila la nak lap ni]...

Di harap korang memang sihat la kan..hidup penuh dengan semangat..kerana sudah mempunyai matlamat!~ yup!!! hanya orang yang mempunyai matlamat hidup akan bersemangat dalam hidup mereka..tak percaya..??

Percayalah wahai insan..hehe..okay..jom kita tengok sejenak..student form 5 yang dah tampal matlamat nak dapat 10A kat wall bilik dia..mak ai..manyak tu..takpe2, kita kan mesti ~mimpi biar samapai ke bintang~ compare kan dengan kawan dia yang takde tampal apa2 pun bahkan tuliskan apa2 pun pasal nak dapat result apa nanti..agak-agaknya kan..budak yang mana akan bersemangat sungguh-sungguh semasa study kat kelas mahupun ulangkaji..??? hah..hah..ce jawab..




Pandai pun..mestilah budak yang first tu kan..nampak tak..kena ada matlamat baru terasa nak bersemangat dan akhirnya capai kejayaan..alhamdulillah...mabrook!!!!

Hari ni sebenarnya nak cite campur mengarut pasal jiddiyah..hehe..sape tahu maknanya..sila angkat hidung sebelah je..[ masya Allah buruknye muka..ekk! maap..maap]..

Jiddiyah ni word arabic..maksudnya adalah bersungguh-sungguh..memang sinonim perkataan ini dalam kehidupan seharian kita kan.. orang selalu cakap buat kerja biar bersungguh... sama ada bekerja kat opis ke..makan ke.. baca buku ke..study ke..dan TIDUR ke..hek.. haruslah..tidur kena bersungguh untuk capai kualiti tidur yang sempurna.. bukan dari segi lama tau tapi kualiti..engat tuh!!!

Nak la share satu artikel pasal jiddiyah ni..tajuk memang agk ekstrem..tapi cuba baca dulu.. jangan rasa kalau sebut pasal dakwah dan tarbiyah ini kerja para ustaz dan ustazah..tetapi kalau dah namanya kita Muslim aka orang Islam, kita wajib berdakwah[ menyeru orang buat baik].. suruh orang buat mende baik itulah namanya dakwah..simple je kan? bukan asek ceramah tu..lagi bagus kalau kita tunjukkan akhlak yang baik pastu orang ikut..Mantoop!! jom baca..hah..mulakan dengan basmallah ye..<3


Jiddiyah (Kesungguhan) Dalam Dakwah dan Tarbiyah 

 
Jiddiyah sifat yang perlu ada pada setiap anggota (akh) jamaah. Tanpa sifat ini jamaah tidak akan maju dan berkembang, tiada peningkatan dan tiada akh yang berkualiti. Sekiranya sifat ini tiada pada Sinf Qiayadah, jamaah akan jumud dan hilang kewibawaannya. Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w terdiri daripada mereka yang serius dalam bekerja. Apabila sahaja turun ayat-ayat Allah s.w.t mereka berlumba-lumba untuk melaksanakannya. Mereka tidak sanggup menunggu kerana memahami maksud ayat Allah s.w.t :

Terjemahannya:

“ Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; “
(Surah ali Imran : 133 )


Terjemahannya :

“ Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. “
(Surah ali Imran : 114)

Rasulullah s.a.w sentiasa ‘ motivate ‘ dan menggesa sahabat-sahabatnya supaya menjalankan kerja dengan bersungguh-sungguh bagi mengelakkan fitnah menimpa individu, keluarga, jamaah dan ummah seluruhnya. Sabdanya:

بادروا الى ا لآ عمال الصا لحة فا نه ستكون فتن كقطع الليل المظلم يمسى الرجل مؤمنا ويصبح كافرا, ويصبح مؤمنا ويمسى كافرا, يبيع دينه بعرض من الدنيا قليل

“ Segeralah melakukan amal soleh sebab akan berlaku fitnah besar bagaikan malam yang gelap gelita di mana seorang lelaki, paginya beriman apabila tiba petang hari berbalik kufur, petang ini beriman pagi esok kembali kufur kerana menukar deen dengan keuntungan dunia yang sangat remeh. “

Jiddiyah merupakan natijah daripada jelasnya fikrah (pemikiran) Islamiyyah. Seseorang akh (anggota jamaah) dikira jelas fikrahnya apabila ia memiliki kefahaman berikut:

i. Memahami Islam sebagai sistem yang menyeluruh, ‘integrated’ di antara pelbagai aspek (syumul dan takamul). Fikrah Islam hanya boleh difahami setelah seseorang melalui proses tarbiyyah yang bersifat maidani dan waqie.

ii. Jelas matlamat (ghoyah ) jauh ialah mencapai keredhaan Allah s.w.t.

iii. Memahami dan sentiasa bekerja mengikut marhalah untuk mencapai matlamat dekat iaitu untuk menegakkan Daulah Islamiyyah bagi melaksanakan syariat Allah s.w.t di atas muka bumi. Memahami langkah-langkah untuk membangunkannya.

iv. Memahami ideologi, sistem, undang-undang dan peraturan yang bertentangan dengan Islam.

v. Memahami dengan jelas kenapa ia meneruskan kerja-kerja dakwah, beristiqamah dengannya dan sanggup menghadapi berbagai kesusahan, kepayahan, fitnah dan sebagainya. Memahami dengan jelas mengapa mereka berjumpa, bertamrin, berusrah, bermukhayyam, bermusafir , ziarah dan beraktiviti.

Tanpa memahami, meyakini dan berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikanya dalam kehidupan ia belum lagi mempunyai fikrah yang jelas. 

Credit to: Abu Ridhwan yang memang hebat ;http://tarbiyahpewaris.blogspot.com..[ moga Allah memberi kemudahan beliau untuk terus berdakwah]

Baca berulang kali dan cuba fikirkan ye..ke mana kita sebenarnya..sedarkah kita wujudnya kehidupan abadi kelak dan apa yang kita hendak bawa ke sana..hanya dengan jalan dakwah sahaja mampu menyelamatkan kita..waallahu 'alam.. salam sayang..<3


No comments:

Post a Comment