Saturday, 16 June 2012

debaran..

          * Assalamu'alaikum*

Salam rindu buat sahabat sekalian..rindu rasanya..kerana Allah swt ye..!

Kaifa halukum? bil khair? syukur..alhamdulillah..gunalah nikmat kesihatan yang diberi tu dengan sebaiknya okei..kang kalau dah sakit, demam ditambah dengan selesema..tak bole buat kerja pulak..sudahnya mesti kerja akan bertangguh punya kan...huhu...[ si penulis dah berpengalaman kot!]

Nak story sikit nih..

Semalam adalah hari yang paling mendebarkan buat diri ini..saat cemas lagi bikin tangan berpeluh laju.. hyperhidrosis.. saatnya datang tetamu yang tidak pernah diundang..mereka datang tanpa dipaksa..dengan satu tujuan dan harapan..yang mereka tidak mahu dikecewakan..

Hah! mesti semua berdebar jugak kan..otak biar bersih..jangan asyik nak fikir pasal mende tu je.. hehe.. cam tahu je apa yang korang fikir..~nenek nujum sudah mula meneka dan mengagak~...

Adakah ummu ubaidah .....

oh! tidak..bukan lamaran..bukan peminangan..mahupun risikan..tidak sama sekali.. lama lagi tu rasanya.. hari yang dimaksudkan adalah... 'Hari Terbuka di skool yang aku mengajar'..haha.. terkena!

Betul apa..tetamu yang dimaksudkan tu parents la.. harapan nak tahu yang anak-anak mereka punya result.. punya kerenah.. baik ke, nakal ke, macam ustaz ke..

Disebabkan aku telah ditauliahkan untuk menjadi guru kelas tahun 6..aka budak UPSR lagi dah besar.. secara tak rasmi dengan tanpa pengalaman..walaupun sesaat.. setelah berhempas pulas membuat buku jawapan.. rekod keputusan..dan macam-macam lagi..akhirnya hari yang ditunggu telah tiba.. 

********

Tetiba aku teringat zaman skool dulu..baba kalau datang nak amek buku rekod mesti lama punya.. nak tanya kenapa tak dapat A untuk subjek tu la.. nak tanya aku macam mana kat skoola la.. suka tidur ke..[sebab kat umah dulu memang banyak tidur, maklum la budak asrama balik kampung]..sampai mak ayah orang lain kat belakang dah hentak-hentak kasut bagi hint suruh berhenti..coz lama bebenor..yang baca paper pun dah selak berkali..sampai hancur paper tuh..

hehe..takut-takut la antara parents dorang ini ada yang macam tu.. nak jawab apa nanti..menganga je la aku.. 

alhamdulillah..semuanya pun dah selesai..banyak pengalaman yang aku dapat..
  1. kena sentiasa bermanis muka dan senyum; walaupun kaki dah lenguh sebab tak dapat bersila.. duk tegak je jaga posture..
  2. haruslah pandai cepatkan masa; dengan terus buka buku rekod anak-anak dan tunjuk kat mana perlu disain..
  3. kena pandai benteng telinga; tang parents yang suka luah perasaan.. kena buat yang kita amat memahami perasaan mereka..
  4. wajib untuk jadi pencadang dan penerima.. cadangan untuk penambaikkan anak-anak mereka.. dan terima apa sahaja yang mereka komen..
memang aku salute sangat pada parents yang sanggup datang semalam..walaupun nampak simple..hanya sign buku rekod je..tapi menda tu amat memberi makna pada anak-anak kita.. cuba bayangkan kalau mak ayah kita tak datang time tu..mesti rasa macam dorang tak care kat kita..[takut-takut sampai terfikir aku ni anak angkat ke?]..tak peduli langsung kita belajar ke tak..

Siapa tahu..dengan cara kita datang..boleh buat anak-anak semangat nak belajar..dengan lebih lagi sebab dia tahu yang mak ayah dia nak dia berjaya..amek tahu pasal dia.. mak ayah jangan sering salahkan anak-anak tika mereka lakukan kesalahan mahupun kegagalan..

Cuba selami dia..tanya punca..dan sebab..memang benar...dorang nak perhatian..mahu dibelai..bukankah dorang tu anak-anak kita [ups!anak kita pulak..perasaan la penulis]..Allah kurniakan sebagai anugerah yang paling tak ternilai..so, haruslah jaga dengan sempurna.. 

Ek!

Sudah..macam kursus parenting dah pulak.. anak-anak kan pewaris generasi Islam masa hadapan..jika kita tidak didik dengan didikan yang sempurna..mustahil untuk dorang membesar sebagai pemimpin seperti Sallahuddin al-Ayyubi dan Sultan Muhammad al-Fatih..mustahil anda semua..

So, harapnya sahabat dapat sedikit la pengajaran kan..dari apa yang aku mengarut ni...bagi yang belum bernikah..sediakanlah diri k!!! memang la kawen best dan bahagia..tapi tanggungjawab seterusnya menuntut persediaan yang kukuh agar tak kecundang..hehe.. ceh!!

See next time..salam menjadi bakal ummi dan abi yang melahirkan bakal-bakal penghuni syurga..

2 comments:

  1. betul3..gigh lah membangun generasi harapan krn didikan anak2 brmula dari kecil. melentur buluh biarlah dari rebungnya ! :)

    ReplyDelete
  2. Insya Allah ummu haifa..semuanya sudah sedia untuk melakukan perubahan.. bersedia mengutip ilmu dan pengalaman demi kemenangan Islam pada masa hadapan..

    ReplyDelete