Wednesday, 25 July 2012

Jom lawan siapa khatam dulu!

                                   *Assalamu'alaikum*

Salam semanis kurma, seindah bacaan Al-Quran dan setenang hati yang suci... sudah hampir lima hari kita menunaikan ibadah yang penuh dengan rahsia ini kan.... iye la..kalau solat jemaah, Allah swt bagi free-free je 27 ganda pahala kat kita..kalau kita pergi menunaikan umrah di bulan Ramadhan pulak..samalah pahalanya dengan pergi menunaikan haji..hah..kan besar betul tu gandaannya...

Kalau puasa? hah..hah.. apa yang kita bakal dapat? Ada sapa pernah terbaca ke, tertengok ke, dalam kitab ganjarannya... takde kan! yang Allah cuma janjikan adalah 2 kegembiraan; iaitu ketika berbuka dan hari raya nanti...hush!memang misteri ini ibadat la macha..hehe..

So, rasa-rasanya kan besar tak ganjarannya tuh.. insya Allah..kalau kita ikhlas dan sabar dalam menunaikan ibadah ni, keredhaanNya bakal kita kecapi..kena la tahan sikit nafsu awak tu..tengok makanan kat bazar Ramadhan pun dah tak tahan..ish..ish..macam budak kecik je...uwek!

Pastu, pandangan haruslah ditunjukkan..direndahkan..mata jaga daripada memandang yang haram dan perkara maksiat.. kalau tak nak mata awak tu pandang mende yang tak patut kan, solutionnya adalah mata awak tu tepat memandang barisan ayat-ayat suci Allah swt... kitab Allah yang kita wajib jadikan rujukan sepanjang hidup..




Sentiasa isi masa awak dengan membaca Al-Quran..kalau boleh cubalah untuk khatam Al-Quran sekali je dalam bulan mulia ini..kalau berkali-kali lagi la bagusss!!!

Semalam pun kan, sedang aku ngantuk menunggu budak-budak jawab exam Pra-UPSR.. hehe...subjek maths pulak tuh..aku bacalah Al-Quran..alhamdulillah habis jugak juz 8 akhirnya..banyak lagi tu..insya Allah...

Kamu juga harus berkejar ye untuk khatam...chaiyok!!!

No comments:

Post a Comment