Saturday, 3 November 2012

Kitakah Pelampau itu?? ting tong..

     ~ Assalamu'alaikum sahabat yang dirahmati Allah sekalian~


Sihat dok? hamdalillah..syukurlah..nikmat yang sangat besau tu kalau dah dapat baca entry ambo nie.. iyo la.. dapat melihat.. meng'klik'.. memegang mouse supaya tidak melarikan diri.. dapat mencatit point yang penting..eh!ada ke yang catit isi penting dalam blog yang sungguh tidak menarik ini..>merasa diri kerdil<

baiklah...hari ni nak serius sikit..sebab nak cerita pasal pelampau..hah..golongan pelampau..betul la tu..

siapa sebenarnya golongan pelampau ni eh? orang islam ke..atau orang kapiaq...kan selalu kita dengar orang barat memomokkan dunia yang kita ni orang islam sebagai puak pelampau...astaghfirullah..

siapa yang melampau ni..kita yang solat..puasa..kuarkan zakat..pergi wat haji berkali-kali..dikatakan pelampau..hanya kerana dakwaan yang tiada bukti yang kukuh..

ni pasal kes 11 september 2001 tu..yang bangunan pusat dagangan utama amerika syarikat kat new york tu la..kan ada 2 kapal terbang yang tak besar sangat tue pi rempuh bangunan tu..kan rebah menyembah bumi bangunan tu..ramai yang terkorban..

so, rentetan tragedi itu..mereka (orang barat) mendakwa orang islam yang merancang segala aktiviti rempuh-merempuh tu..ni kes berani matilah kot..tiada bukti!!! so..nak cakap macam mana..

******
jo kita tengok serba sedikit definisi pelampau ni..buat sebagai pengetahuan am..huhu..

berasal daripada kalimah arab iaitu al-tafrit.. yang bermaksud; menahan atau menangguhkan melakukan sesuatu..

al-tafrit fid deen@ melampau dalam agama; bermaksud kurang di dalam melakukan hukum-hukum agama, mensia-siakan haknya dan menunjukkan kelemahan untuk melaksanakan perintah agama...

kena ingat tu..la, baru baca fakta sikit dah letih ke..sabar..sabar...orang islam kena tebal ilmunya.. teruskan membaca dan bersabar okei..ada ganjaran syurga di 'penghujung' nanti..nak x?

Allah swt berfirman dalam surah al-zumar; ayat 56: maksudnya ; 

" diperintahkan demikian supaya jangan seseorang menyesal dengan berkata: " sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah swt serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan agama Allah dan penganut-penganutnya."

*****

nak tahu satu kisah tak? tentang beberapa manusia yang telah mencatat namanya dalam sejarah islam..antara golongan pelampau yang terawal..hehe..

begini kisahnya..tarik nafas dulu..

pada suatu hari, ada 3 orang lelaki datang menemui isteri-isteri Rasulullah saw di rumah mereka. dengan tujuan untuk bertanyakan tentang ibadah yang dilakukan oleh baginda saw. apabila mereka diberitahu tentang amalan ibadah Nabi saw, mereka melihat bahawa ibadah nabi saw itu sedikit..dan mereka mula menunjukkan sikap seolah-olah memperlekehkan ibadah Rasullullah saw itu...

mereka mengatakan : "adalah jauh kalau hendak kami bandingkan amalan nabi dengan apa yang kami lakukan..padahal baginda telah diampuni Allah swt dosanya yang telah lalu.." salah seorang daripada mereka berkata; "saya menunaikan solat malam selama-lamanya." seorang lagi berkata: " saya berpuasa sepanjang masa dan tidak berbuka." dan yang terakhir berkata pula: " saya mengasingkan diri daripada wanita dan tidak berkahwin buat selama-lamanya."

seraya itu, Rasulullah saw datang dan bersabda : " adakah anda semua yang menyatakan begitu dan begini. demi Allah, saya adalah orang yang paling takut dan paling bertakwa kepada Allah swt, tetapi saya berpuasa dan berbuka, menunaikan solat malam dan juga tidur dan berkahwin dengan wanita. barangsiapa yang enggan mengikut sunnahku, dia bukanlah dari kalangan umatku."

hah..tu dia..jawapan nabi khusus untuk siapa yang terlalu melampau dalam agama ni.. agama bukan menyusahkan.. mudah je..simple kalau kita follow the rules..insya allah..

******

sebenarnya banyak je isu yang dibangkitkan tentang melampau nie.. tapi xmboh kita pusing-pusing..

siapa tahu faktor-faktor yang menyebabkan munculnya manusia jenis ini..jamaah jenis ini..

  1. wujudnya sikap malas; hah..si 'M' tue..kan femes dia..tak kan tak kenal.. selalunya orang yang ada sikap malas ni dia suka bertangguh dalam segala hal, suka berehat, enggan bergerak dan bekerja... dorang jugak suka meremehkan perkara yang kecil-kecil, lari dari tanggungjawab...   baginda saw ada bersabda yang bermaksud : "Orang ayang cerdik pintar ialah orang yang memuhasabah diri sendiri dan beramal untuk selepas mati, manakala orang yang lemah ialah orang yang mengheret dirinya mengikut nafsunya..kemudian tidak segan bercita-cita agar Allah swt memberikan ganjaran yang besar kepadanya."  [ malas laksanakan kewajipan..tapi tak malu nak syurga!!!]
  2. ikut nafsu: kita terdiri daripada roh dan jasad..beragama merupakan suatu fitrah yang tertanam dalam diri mereka..akal pula berperanan mengimbangkan antara rohani dan material kita.. pabila akal kurang bergerak..lembap.. kewajipan dicuaikan..maka ikutan nafsu menjadi HERO...!
  3. lemahnya iman; keyakinan semakin berkurang..dan longgar..dan longgar..dan akhirnya tercabut deh.. maka akan jatuh ke lembah syahwat..nauzubillah min dzalik..
hah..tahu dah..alhamdulillah..sampai jugak korang ke akhir entry ok.. moga ada manfaat..terima kasih juga sebab sudi membaca...

No comments:

Post a Comment