Apabila nafsu menguasai diri....
Aktivis LGBT membuka masjid gay di Paris.
Umat Islam di Eropah dikejutkan dengan pengumuman pembukaan masjid mesra LGBT yang ...pertama
di Eropah pada bulan November 2012 di timur Bandaraya Paris. Berita ini
tentunya mengejutkan dan menguji kesabaran umat Islam yang menolak
perhubungan dan amalan seks songsang sesama jenis.
Buat masa
ini, masjid yang baru ditubuhkan itu menggunakan sebuah bilik kecil di
dalam rumah sami Buddha turut mengalu-alukan umat Islam lelaki dan
wanita, transgender dan transeksual untuk beribadah bersama-sama.
Pengasasnya adalah seorang aktivis gay Perancis berketurunan Algeria
Ludovic-Mohamed Zahed yang telah berkahwin dengan pasangan gaynya
daripada Afrika yang bernama Qiam ad-Din.
Mereka juga akan
menggalakkan wanita untuk memimpin solat Jumaat serta memecahkan tradisi
beberapa amalan Islami yang lain seperti pernikahan pasangan gay dan
lesbian, pengurusan jenazah gay dan lain-lain lagi.
"Ia adalah sebuah masjid yang inklusif. Sebuah masjid di mana orang ramai boleh datang kerana mereka," kata Zahed, 35.
Ironinya, Zahed dan teman seperjuangannya telah bersedia untuk
berhadapan dengan para pemimpin agama dan juga kementerian undang-undang
kerajaan Perancis.
Kepada masyarakat di Malaysia, anda tidak
boleh duduk selesa kerana aktivis LGBT yang kuat disokong oleh beberapa
NGO tempatan dan antarabangsa seperti HRW telah pun membuat permohonan
supaya pengamal LGBT tidak dianak-tirikan dan diberikan kebebasan di
Malaysia termasuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis di kalangan
mereka.
Firman Allah yang bermaksud,
“Dan (ingatlah
kisah) Luth, ketika ia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kamu mengerjakan
perbuatan keji itu sedang kamu melihat(nya). Mengapa kamu mendatangi
laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan mendatangi wanita?
Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak dapat mengetahui (akibat
perbuatanmu).”
(Surah an-Naml: 54-55)
“Maka tatkala
datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke
bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah
yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan
seksaan itu tiadalah jauh dari orang- orang yang zalim. ”
(Surah Hud: 82-83)
Kepada aktivis LGBT dan pengamal seks songsang:
Kasihan...., Semoga kalian semua diberikan petunjuk oleh Allah swt dan berusaha untuk kembali ke pangkal jalan.
~petikan diambil daripada dr zainurrashid
Sunday, 16 December 2012
masjid gay...astaghfirullah...
Tags
# LGBT
# masjid gay

About Ukhti Mawar
Gadis kecil yang menulis apa sahaja yang terlintas. Mata sentiasa memerhati dan hati sentiasa mencari ibrah. Penulis buku Basikal Karat dan Cakap Biar Serupa Bikin ...
Mujahiddah
Labels:
LGBT,
masjid gay,
Mujahiddah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment