Thursday, 14 March 2013

tesis..

         ::  Assalamu'alaikum kengkawan semua ::


kenmain tajuk malam ni.. tesis tau...hehe.. selalu kalau orang sebut pasal tesis ni, orang tu dah final year kn..





tapi, sang bermata dua yang sedang menaip ni bukan final year..apatah lagi last sem.. bahkan beliau berada di first year!!!!


*telan air liur*


cuma berangan dan menanam impian saja..masakan tak boleh kan.. orang Islam mesti mempunyai cita-cita yang tinggi.. semangat yang berkobar (himmah 'aliah).. barulah Islam boleh menjulang dan dijulang tinggi..

panjinya dipegang oleh panglima yang hebat dan tidak gentar dengan musuh.. wah!!! semangat sungguh dia.. huhu..


bukan apa, cuma teringinlah nak share dengan kamu apa yang ustaz bagitahu dalam kelas tadi.. hem, dalam subjek atau madah fiqh islami pagi tadi..


ustaz pesan agar untuk pemilihan tajuk tesis nanti.. janganlah dibuat mengikut trend atau orang lain.. akan tetapi pilihlah mengikut kecenderungan dan minat kita.. 


misalan; kita sangat fanatik dan addicted dengan facebook@mukabuku = maka buat lah tajuk hukum berfesbuk mengikut Islam... hah, kan best tu!!





ye dak??? menurut ustaz ku itu, kebanyakkan student kita hanya memilih tajuk mengikut trend semasa.. sebagai contoh... tahun tu ramai sangat pasangan bercerai atau kawen lari.. maka mereka tersebut dengan riangnya mengambil tajuk munakahat.. so, its too klise...

mana taknye.. dah kalau sekelas ada 20 orang.. 10 orang buat tajuk yang sama..tidak ke boring tahap gaban namanya itu.. ustaz nak check pun jadi malas.. ditambah menyampah...haish...!


***


hem... aku??


secara nalurinya memang tajuk munakahat sangat penting..kerana banyak masalah timbul sekarang berpunca daripada itu... akan tetapi, ramai mahasiswa sekarang lupa bahawa bab muamalat adalah sangat luas dan lapang... dari segi jual beli, jinayat dan faraid... tapi haya segelintir yang hebat saja bisa mengambil tajuk berkenaan..

kalau bab tajuk jual menjual ni, memang aku surrender angkat bendera putih..hehe.. tapi sekarang tengah nak tanam minat.. sejak dua menjak ini juga lah aku rerajin le sangat buka youtube..tengok ceramah pasal muamalat ni ha.. 

ustaz zaharuddin ada.. ustaz basit pun ada..walaupun agak tak faham apa yang sedang ustaz dalam video tu bicarakan.. tapi at least, kalau orang cerita, takdak aku lopong ternganga...

korang pun mungkin boleh cuba untuk explore bidang ini.. mungkin seronok dan memberi keuntungan kepada umat.. yang paling penting.... BERMANFAAT PADA UMMAH!!!

ok la.. syukran sebab sudi baca entry kali ini.. sangatlah simple.. diharap ada pengajaran dan ilmu padanya.. 

::doakan ku berjaya dunia akhirat ::

1 comment:

  1. wah.menarik,banyak masa lagi nak tanam minat tu.semoga dapat hasilkan tesis yg baik dan bermanfaat nanti,fara (:

    ReplyDelete