Thursday, 11 April 2013

besday paling bermakna

                 * Assalamu'alaikum sahabat *

alhamdulillah.. akhirnya umurku sudah mencecah setahun lagi.. itu bermakna usia semakin bertambah dan kematian semakin menghampiri (walaupun mati tak kira waktu)... itu secara realiti dan kebiasaannya..

kenapa ditulis di atas sana, besday paling bermakna.. hehe..

kerana pada hari gembiraku.. aku telah mengambil keputusan untuk menggembirakan orang lain.. disekelilingku...

seawal pagi, aku dan sidah (sahabat unisza) bertolak ke port dickson tanah tumpah tarbiahku bermula.. tanah gersang yang pertama kuberani untuk mencampakkan benih di sana.. mudah-mudahan ianya menjadila..masih suburkah kalian?

*ternganga*

dengan berbekalkan honda kepunyaan baba yang temperaturenya tidak berapa stabil.. kuputuskan jua untuk ke sana.. nekad! : kalau tak pergi hari ini, mesti susah nak jumpa lagi :

gembiraa tidak terhingga rasanya bila dapat menatap wajah adik-adik tersayang yang masih segar dan ceria di uniti.. uniti yang masih klasik, kekal dengan ketradisiannya yang unik.. wah!!

banyak cerita yang sempat kukongsikan bersama adik muallafku, alifah ting yang comel.. dengan bertudung ayu dan sopan.. ucapan salam menggamit pertemuan di kafe tersebut.. dia yang sibuk menanyakan tudung dan buku yang kubawa untuknya kah? hahaha.. alifah tak malu..!!

sab yang semestinya comel, kini sudah bertudung labuh.. ayu!! serius nie.. tutur kata yang masih sopan dan mendinginkan hati..

:: gembiranya hati ini melihatkan kamu wahai adik yang semakin lumat dengan keindahan Islam.. indahnya!! ::

ziarah ku diteruskan dengan pertemuan di surau klasik kami.. akhawat yang masih bising celotehnya.. tapi masih comel dan bijak.. semakin matang ya kamu semua.. berbeza dengan waktu akak tinggalkan kamu dulu..

ada yang bercerita perihal lecturer yang sudah bertukar ganti.. ada yang sibuk menguruskan urusan ke mesir dan jordan.. ada yang sibuk dengan urusan pernikahan... hahha.. yang itu penulis bohong...! maap..

hemmm.. rasanya macam nak share sikit saja tadi.. dah terpanjang pulak ye..

nasihat buat adik-adik di uniti :

" teruskan perjuangan kalian walaupun dihina, ditolak, diremehkan, lalu sahaja di depan mereka sambil tersenyum kambing.. jangan peduli.. pelihara hubungan dengan sesama makhluk tau.. rakan sekelas, rakan seuniti, mak cik pasar malam setiap selasa tu ke, kucing kat tangga blok ke... hah, yang paling utama hubungan dengan Allah wajib dijaga ye...!"

full time dengan dakwah dan tarbiyah tau.. jangan sekerat-sekerat je.. dok jadi kalau sekerat nie.. cakap serupa bikin.. all out dengan kelebihan yang ada.. kemampuan yang ada.. yang boleh bercakap, bercakaplah perkara yang baik dan bermanfaat.. yang boleh bersukan, tunjukkan sukan itu adalah islam, yang boleh menulis, tulislah apa sahaja yang bermanfaat dan boleh bagi semangat pada orang lain untukbergerak sama..

huish.. banyak pulak nasihatnya nie.. k bateri dah kong..

:: syukran sebab sudi baca entry yang ini ::






No comments:

Post a Comment