Monday, 20 January 2014

masjid kristal



                                        * Assalamu'alaikum*

jom mengembara ke masjid kristal, terengganu kite..!

sebenarnya saya sedang menjalani satu program.. disebabkan tempat solat zuhur yang agak sempit.. jadinya kami mengambil kesempatan untuk ke masjid kristal.. alangkah gembiranya hati ini.. impian yang selama setahun setengah tercapai! yeah!! teruk kan? dah duduk lama di terengganu, asyik lalu kat atas jambatan sana tu.. tapi dok jeling je kat masjid ni.. sampainya tidak..




walaupun mengejar masa untuk ke slot seterusnya, kami sempat merakamkan gambar bersama masjid unik ini.. bersinar dari kejauhan.. menyerlah kehebatannya...





gambar ini hamba ambil semasa hari sabtu. ramai la pelancong yang datang.. luar mahupun dalam negara.. meriah tau...




gambar kubah yang sangat menarik.. seperti dalam istana kaca gitu..



menara yang bersinar.. pantulan cahaya tu.. maklum la tengah hari buta..

***** 
nampak sangat gah kan.. lagi meriah.. tapi ada satu hal saja yang saya kurang berpuas hati.. iaitu perihal fasiliti di masjid ini.. terutamanya tandas dan tempat wuduk.. ini adalah aset terpenting tau untuk solat.. syarat sah solat adalah suci daripada hadas kecil mahupun besar..

saat menjejakkan kaki ke dalam ruangan wuduk.. saya sudah tidak selesa. dengan kepadatan muslimah yang beratur untuk wuduk.. lalu, saya terus mencari tandas.. tempat ke tandas dan menggunakan laluan yang sama.. selipar keluar tandas memijak lantai tempat mengambil wuduk.. macam mana tu?

air yang bertakung dalam bahagian tandas.. bauan yang 'segar' itu.. amat la meloyakan.. 

selepas ambil wuduk pun saya rasa macam tidak sempurna sucinya.. (was-was amalan syaitan!).. muslimah terpaksa memakai tudung dengan rapi kembali kerana tempat solatnya perlu berjalan semula berlangkah lagi..

alhamdulillah, pengalaman yang menarik.. meninjau tempat orang dan buat perbandingan.. bukan untuk menjatuhkan tapi untuk mencari solusi pembaikan tau..

jadi, harapnya pihak berwajib dapat ambil tindakan ya!

No comments:

Post a Comment