Thursday, 15 May 2014

inspirasi kehidupan

Alhamdulillah.. setinggi kesyukuran pada Allah SWT..

petang yang sedikit lapang.. walaupun kepala pening sedikit.. hampir 70% esaimenku sudah di hantar.. kini, hanya tinggal proposal tesis sahaja.. terima kasih ya Allah.. kerana membantuku menyiapkan segalanya..

semester ini secara keseluruhannya.. secara peribadiku sangat menyuntik inspirasi dalam kehidupan.. ahwal syahsyiah yang menyegarkan kembali fikrah tentang perkahwinan.. hal ehwal penceraian dan segala bagai tentang nikah kahwin ni.. sangat penting untuk setiap daripada manusia yang bernama Islam mendalami ilmu ini.. mendirikan masjid bererti mendirikan masyarakat Islam.. makanya ilmu sangat penting...

my the most feveret, usul fiqh.. sangat menginspirasikan!!

aku rasa sudah jatuh cinta dengan usul fiqh dan kaedah-kaedahnya.. Islam nampak sangat mudah jika kita gunakannya.. walaupun aku sudah belajar sewaktu diploma dahulu.. tapi baru rasa 'lazat' ilmu usul fiqh tu sekarang.. alhamdulillah.. walaupun lambat sampai rasa itu..

administration of islamic law.. belajar subjek ini seakan-akan memanggilku untuk menjadi peguam syarie.. hehe.. koya je kan?

sebenarnya tidak susah pun, kalau pelajar ijazah sarjana muda syariah untuk jadi peguam.. walaupun tiada basic law.. lepas habis ijazah, pergi ambil terus sijil apa ntah.. hah.. boleh dah jadi peguam..

sonang ajo, jang!

alhamdulillah.. semua subjek superb best! aku tak sabar nak belajar qawaid fiqhiyah semester depan.. woah! sangat bersemangat bukan?

terima kasih..terima kasih..

ok! masa untuk mengulang kaji... perlu fokus dengan subjek yang 3 jam kredit..

doakan tau!!


No comments:

Post a Comment