Sunday, 7 September 2014

kembali kepada sediakala

Assalamu'alaikum

sekali lagi akhirnya.. sudah kembali ke negeri terengganu.. untuk menyedut kembali aura tarbiyah, dakwah dan ilmu..

thummalhamdulillah...

terima kasih wahai Allah, yang memberi keselamatan buat kami sekeluarga sepanjang perjalanan. berkatilah perjalanan kami itu. perangai manusia-manusia dalam tiga buah kereta amat menuntut kesabaran. huhu.. sepupu sepapat yang masih kecil dan pelbagai kerenah mereka. perjalanan yang pendek pun boleh jadi panjang. 

permusafiran memang tuntut kesabaran yang tinggi!

barang-barang sudah diangkat ke rumah sewa. walaupun hanya berdua, kami mampu melakukannya. uniSZA ada beberapa perubahan setelah round satu kampus dengan duldul tadi. susur gajah ke bangunan canselori sudah siap.. alhamdulillah.. senanglah pekerja di sana pergi medan selera kan? hehe... ayat pertanyaan berbaur sinis sebenarnya.

pagi ini juga mulalah kembali zaman sibukku dengan kerja dakwah. aku perlu menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan hepa. membuat rayuan untuk ke program HSU- HIMPUNAN SOLIDARITI UMMAH pada hujung minggu ni.. alahai hepa.. untuk ummah nie kan.. itupun nak berkira juga ker?

doakan urusan kami dipermudahkan. moga-moga ada berita baik buat kami..

jom like page ini..


insya Allah..


No comments:

Post a Comment