Saturday, 28 February 2015

DAIE BUJANG SEBELUM DAIE BERKAHWIN

# Assalamu'alaikum sahabat #


musim panas, kering kontang.. perlu jaga kesihatan.. minum air masak sebanyak mungkin.. makan jangan ditinggal (tapi sekali sekala tu boleh la)..kihkih.. kita perlu ingat, tenaga kita diperlukan untuk pelbagai tugas lagi..


ke kuliah, kelas ganti, surau, program tarbiyah dan berbagai program persatuan kan.. semua itu memerlukan kita yang sihat.. bukan kita yang dokrok (tak larat).. kita yang bersemangat dan ceria.. :)


musim semua orang mudah tertekan.. 


terasa walaupun perkara itu sangat kecil dan remeh.. tugasan berkumpulan yang menuntut kepelbagaian ragam kawan, tesis yang menuntut penghalauan malas yang teramat jihad..


kekalutan jadual dengan program tarbiyah dan dakwah disebabkan kita tak tulis dalam planner dan akhirnya kita sering batalkan di saat akhir... semuanya memerlukan emosi yang stabil..



wanita tetap wanita!



akhawat tetap akhawat!



musim ini juga musim walimah sesahabat handai.. di sana sini undangan walimah.. hatta daripada kawan sekolah rendah hinggalah di unisza ini.. sokmo dapat invitation.. namun, apakah daya.. aku hanya seorang mahasiswa..


maaf kawan-kawan yang kutak berkesempatan nak hadiri walimah kalian.. doa indah agar cinta kalian ke syurga tidak akan aku lupa titipkan..


hati seorang wanita juga tersentuh dengan pengkhabaran begitu.. terasa untuk berwalimah juga.. aku yakin ramai yang serasa dengan ku..


sunnatullah sahabat.. sudah umur 20-an ni.. huhu.. bukan kita yang mengada panggil rasa itu.. tapi keadaan sekeliling yang menuntut fitrah itu datang.. 


opps!


fitrah yang suci itu jangan kita cemari.. jodoh belum kunjung tiba.. menuntut doa ikhlas pada Pemberi Cinta.. usah diangankan benda yang tidak pasti lagi..



doa itu usaha! couple itu binasa!



jadinya...............


sebelum Allah hadirkan seseorang buat kita.. yang akan menuntut pertindanan tanggungjawab.. yang menuntut pengagihan masa seharian..  jom la akhawat kita habiskan masa bujang dengan 100% pada tarbiyah dan dakwah..


100% untuk.. 


 anak halaqah kita.. buat program tarbiyah kita..

mama dan baba kita.. 


selagi ada waktu ini.. 

aku tulis entry ni sebenarnya sambil dengan lagu instrumental piona by yiruma.. huhu... sentimental gitu.. memang aku suka dengan instrumental piono masa tulis tesis.. lagi banyak idea tau.. tapi jangan sampai dibuai ngantukk!



buat akhawat bujang yang dikasihi kerna Allah, jom kita cinta pada tarbiyah dan dakwah 100%... selagi waktu masih ada..


Sincerely by,
Ukhti Mawar


2 comments: