Monday, 30 March 2015

PENULIS SKRIP ISLAMIK

# Assalamu'alaikum sahabat #



iman ok hari ni? insha Allah ok! Alhamdulillah la kalau begitu kan.. setiap hari kita wajib periksa iman kita.. adakah masih segar dengan ruh Islam sebenar ataupun semakin terhakis dek kealpaan keduniaan yang tidak hakiki ini.. 



aku juga tersedar.. semakin masa menghimpit diri.. semakin banyak bebanan kerja yang datang.. yang akademik, bukan akademik, tarbiyah, dakwah dah urusan kehidupan seharian.. memang banyak dan perlukan siyasah (pengurusan) boh!




baca berita terkini jangan pernah ditinggalkan


akhir-akhir ini, aku lihat masyarakat terlalu berlebihan dihidangkan dengan drama-drama dan filem yang tiada unsur keimanan langsung.. aku terdengar semalam, seorang kawan sekelas mengatakan filem yang kononnya box-office tu.. apa namanya.. suamiku encik perfect 10; begitulah kot tajuknya.. tak syarak langsung sebab banyak sangat situasi terlanjur dihidangkan dalam tu.. 

alahai, yeke.. aku pun sejujurnya tiada masa nak tonton filem tu dan entah kenapa tak ghairah pun nak tengok..

pelik juga aku ni.. padahal peminat cerita Melayu nombor satu tau! adakah sebab aoran aziz pelakonnya? kuikui... 

itu baru filem kan.. belum lagi kita tengok betapa melambaknya drama cinta adaptasi yang entah ke mana hala tujunya... ya, memang penerbit mementingkan keuntungan.. tapi selitlah sikit unsur-unsur tarbiyah yang mendidik masyarakat..

rata-rata yang fanatik dengan drama sebegini adalah yang sebaya denganku.. atau lebih muda.. rugi rasanya tenaga belia sepertiku terbuang dan leka dengan dunia tanpa tarbiyah.. rugi..rugi..

tang waktu maghrib terbabas sebab nak tengok Asam Pedas untuk Dia! dan Teman Lelaki Upahan! jangan cakap la kan.. ramai agaknya.. 

alahai.. pemuda harapan bangsa semakin gelap masa depannya.. semakin terhakis sikap agresif dalam menuntut ilmu dan berjihad menentang kefasadan.. semakin manja dengan cinta yang entah hapa-hapa.. 

tak percaya? cuba like fb page unisza confession.. tengok situ.. betapa melambaknya kelalaian cinta ni dalam dunia belia.. bukan sekadar belia ni tapi MAHASISWA! pandangan tidak dijaga.. minat orang itu.. minat orang ini.. suka tengok dia.. apakah semua ini?

see.. betapa pentingnya TARBIYAH dalam kehidupan kita kan.. hah, siapa yang berminat untuk mentarbiyah diri.. jangan malu jangan segan.. jom sertai PEMBINA UNISZA..like fb page kami.. pasti tak rugi.. 

haish!

ni yang aku rasa nak belajar tulis skrip ni.. hehe.. orang syariah tulis skrip..

ok! boleh difikirkan semula.. :)

No comments:

Post a Comment