Wednesday, 20 May 2015

BASIKAL KARAT #1 BAKAL TERBIT 2015

Assalamu'alaikum saudara/ri,

Musim study week la kan kita rasa nak isi blog ni dengan macam-macam.. Idea memang mencurah, tapi kemalasan mengatasi segalanya.. aishh!! 

Macam mana ni, kata DAIE kan?

Semalam kita pergi jenguk wall muka buku DAO dan atas status DAO tentang lima impian nak capat tahun 2015. Dengan senang hati, kita pun tulislah di ruang komen tu yang beratus-ratus manusia berimpian besar telah curhat (curahan hati) impian masing-masing. 

Jujurnya kita memang takjub! Ada yang berimpian seteliti berapa gaji nak sebulan, bagi mak ayah berapa, bulan sekian nak kahwin dan banyak lagi la.

Kita pun tulislah, 

"Buku pertama saya akan diterbitkan pada tahun 2015. Basikal Karat saya bakal jadi bestseller!"

Kan, berani mati punya impian. Orang cakap dalam hidup perlu berimpian besar supaya kita eksaited nak hidup dan sentiasa bersungguh dalam berusaha. Jangan biarkan hidup dipenuhi dengan angan-angan kosong tau!

Insha Allah, kalau kita bersungguh Allah swt pasti bagi. Kita mesti sentiasa bersangka baik dengan Allah swt. 

Nak tahu Basikal Karat kita tentang apa? Nantikan dientry akan datang ye. Bila? Itupun kita tak pasti. 

Okey! Nak sambung baca Dirasah Nasiyyah!

2 comments:

  1. good luck fara.nak jadi orang first yg beli buku fara nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran zati.. ameen.. hehe.. jadi agen tolong jual kat kapit pun boleh.. hik..

      Delete