Wednesday, 29 July 2015

TAFSIR AL-ASR & KEPIMPINAN ISLAM



Assalamu'alaikum semua

Impianku untuk cuti semester kali ini ialah khatam 10 buah bahan bacaan. Termasuklah buku fiksyen, non-fiksyen, majalah ataupun e-book. Alhamdulillah. Selamat 2 bulan ini, aku telah habiskan 5 buah buku setengah. Ada pula setengah ye? Ya, yang sebuah sedang aku baca ini buku yang sangat istimewa. Tajuknya ialah Peringatan Buat Hati yang Lalai, karangan ustaz Abdullah Zaik yang terkenal tu. Hehehe… jazakillah buat sahabatku, Farah Ain yang sudi memberikannya secara percuma. I like barang percuma!

Agak lambat sedikit momentum bacaanku kerana sepanjang Ramadhan yang lalu aku fokuskan untuk membaca kitab suci, surat cinta teragung seantero alam buana ini. Syukur. Target untuk khatam al-Quran tahun ini berjaya. walaupun khatam di pagi Syawal, namun aku sangat bahagia. Fighting! Kita semua mampu capai target! Jangan lengah dan malas!

Minggu ini, hari-hariku panas dan hangat dengan isu KABINET! Bukan kabinet dapur atau rumah ya, tapi kabinet negara. Lebih besar impaknya. ‘Menteri harapan’ku digugurkan daripada jawatan beliau. Aku tiada mahu untuk memberi sebarang komen tentang isu ini. Aku bukanlah seorang penganalisa politik mahupun pelajar sains politik. Nanti silap cakap pula kan. 

Agak suatu kebetulan di mana isu kepimpinan sedang panas dan aku sedang membaca tafsir al-Asr. Saja aku baca bahan fikrah yang satu ini untuk mereka soalan-soalan buat anak buah tercinta naik semester nanti. Tafsir rujukan yang aku baca daripada ini ialah Fi Zilal al-Quran karangan penulis bestseller tersohor Syed Qutb yang mengarang kitab hebat ini di dalam penjara. Kau hado! Kontroversi tentang kitab hebat ini kita ketepikan dahulu. 

SURAH AL-ASR



Surah yang sering menjadi manisan bibir semua manusia. Setiap kali habis sesebuah pertemuan, “Baiklah. Kita tutup majlis kita dengan surah al-Asr.” Ya. Surah hafalan semua orang. Kanak-kanak juga selepas tamat waktu persekolahan, “Ok murid-murid. Kita sudahi kelas dengan surah al-Asr.” Semua orang! Faham isinya? Itu cerita lain pula. 

Sukalah aku untuk berkongsi dengan kalian tentang tafsirnya. Mungkin ada yang tidak berkesempatan untuk membaca tafsir surah ini.   Mungkin ada yang sudah membacanya dan khatam tafsirnya. Diri ini mohon maaf jika ada salah silap fakta. Mohon diperbetulkan ya. 

Demi masa!
Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.
Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta saling berpesan dengan kebenaran dan saling berpesan dengan kesabaran.

Biasa dengar kan? Cliché sangat kan. Tersuratkan sikit boleh penulis? Haip!

Pokok isi surah ini ialah: KEIMANAN dan CIRI-CIRI KEPIMPINAN DALAM ISLAM

Semoden mana dan sejauh mana pun kita hidup, hanya satu sahaja yang akan memberikan keuntungan. Yang lain semuanya hanya kerugian yang teruk. Apakah perkara itu? JALAN HIDUP YANG DIGARISKAN DALAM SURAH INI. Ya, hanya sesiapa yang menjalani kehidupan seperti jalan hidup dalam surah ini sahaja akan beruntung seuntung-untungnya. Tiada jalan hidup yang lain. Tiada!

Itulah jalan hidup dengan cahaya keimanan. Beramal soleh, berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran!

Menyembah Allah dan membebaskan diri daripada perhambaan manusia adalah poin utama dalam keimanan. Ciri-ciri Rabbaniyah dalam diri menjadi kayu ukur keimanan seseorang. Sejauh mana seseorang menaruh kepercayaannya dan memegang syariat sebagai perundangan dalam hidup. Oleh itu dia sentiasa terhindar daripada berprinsipkan hawa nafsu dan kepentingannya. Dia akan sentiasa memikirkan segala keputusan yang dia buat bertepatan dengan syariat ataupun tidak. Ciri-ciri ini akan menaikkan harga dirinya yang mana dia sentiasa berbangga dengan cara hidup Islamnya dan menolak segala cara hidup Jahiliyah. Secara automatik dia akan mengutuk segala prinsip yang diasaskan oleh Darwin, Freud dan atuk Karl Marx tu. 

Antara saranan tentang keimanan lagi ialah menjauhi sikap tamak haloba dalam mengejar kenikmatan dunia! 

Kesimpulannya, segala amalan yang tidak berdasarkan keimanan akan tertolak dan sia-sia sahaja. 

Kenapa umat Islam wajib memimpin?

Ada empat sebab utama atau ciri utama yang membawa keyakinan bahawa umat Islam perlu menjadi pemimpin.


  • Umat Muslimin mempunyai kitab dan syariat yang diturunkan oleh Allah swt. Jadinya mereka tidak akan memimpin manusia melainkan selari dengan sumber agung itu.

  •       Umat Islam tidak akan memegang teraju pemerintahan dan kepimpinan tanpa didikan akhlak dan pembersihan jiwa.
  • Umat Islam tidak akan memipin untuk kaumnya sahaja. Senang kata tiada sebab perkauman dalam meneraju kepimpinan. Macam Nabi Muhammad dahulu kan, tidak hanya memimpin bangsa Arab sahaja.

  •  Manusia itu terdiri daripada jisim dan roh. Ia mempunyai akal, perasaan dan tubuh badan. Tidak akan bahagia melainkan semua unsur bahagia. 


Jelaslah kalau kita perhatikan daripada pengalaman hanya yang seimbang roh dan benda akan berjaya dalam pemerintahannya. Itulah ciri kebahagiaan yang berada dalam perlembagaan Islam yang asas-asanya ditegakkan oleh surah a-Asr ini.  Keimanan dan saling berpesan dengan dua perkara ini.Hanya yang beriman dan beramal soleh serta saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. 

Suka untuk aku tinggalkan buat kalian petikan yang sangat menyentuh sanubari jiwa mudaku ini.

" Kini, seluruh panji dikibarkan untuk syaitan, tiada satu pun untuk Allah. Seluruh panji itu dikibarkan untuk kebatilan, tiada satu pun untuk kebenaran. Seluruh panji itu dikibarkan untuk kegelapan dan kesesatan. Tiada satu pun  untuk hidayah dan cahaya dan seluruh panji itu dikibarkan untuk kerugian, tiada satu pun untuk keuntungan. Namun demikian , panji-panji Allah tetap berkibar. Ia hanya menunggu tangan-tangan yang sanggup mengibarkannya dan menunggu umat manusia yang ingin berjalan di bawah pimpinannya menuju kebajikan, hidayah, kebaikan dan keuntungan."

Kitalah pengibar panji tersebut. Make preparation for our big day, insha Allah!

Tinggal dulu ya! Selamat bermuhasabah diri dan masa depan negara kita.



No comments:

Post a Comment