Monday, 10 August 2015

Write to Done : ilmu berguna!

#Assalamu'alaikum semua#

Alhamdulillah. Baru terasa lapang sedikit untuk menulis di dinding blog pula. Manuskrip sudah dihantar untuk kedua kalinya. Editor minta tambah bab dan edit sedikit untuk tambah muka surat. Insha Allah bersedia untuk urusan edit mengedit kali ketiga atau keempat lagi. Usaha tangga kejayaan!

Siapa belum mengetahui lagi tentang diari manuskrip BSku jemputlah ringan tangan untuk klik dan baca. Moga ada inspirasi tersuntik. 

 basikal-karat-3-sudah-diterima.html

Klik punya klik malam ini. Aku terjumpa laman sesawang yang sangat bermanfaat ini! Hasil tangkapan hari ini. Tersangat bermanfaat!!


Sebagai penulis, banyak ilmu yang kita perlukan untuk meningkatkan mutu karya kita. Menulis bukan sekadar writing sahaja. Tapi writing with input!

Banyak lagi yang aku perlu pelajari sebenarnya. Gaya bahasa. Struktur ayat. Bagaimana mahu menyusun ayat dengan menarik. Tatabahasa yang betul. Perkataan-perkataan yang menarik supaya pembaca tidak berganjak mata mereka daripada karyaku. 

Doakan aku terus semangat belajar. 

Di sini, aku lampirkan tajuk-tajuk artikel yang sangat menarik untuk penulis baru sepertiku daripada laman sesawang ini. Terima kasih  banyak-banyak la ya pengasas web ini. 




Rajin-rajinlah ye singgah dan salin ilmu di laman sesawang ini. Kalian pasti tidak menyesal. Selain itu, boleh asah kemahiran membaca bahan English juga. 

Jumpa lagi. 


No comments:

Post a Comment