Friday, 23 October 2015

DAIE BIJAK SUSUN AKTIVITI

# Assalamu'laikum pembaca #

Minggu demi minggu sebagai pelajar semester akhir berlalu dengan sibuknya. Masa penuh dengan aktiviti dalam dan luar kampus. Akademik dan juga dakwah. Tarbiyah yang paling utama juga menyumbangkan kehilangan masa untuk berlibur. 

Seminggu dua ini juga aku jadi saksi kehebatan anak muda yang bijak menyusun aktiviti mereka dan jadual hidup mereka. Mereka seorang pelajar. Mereka juga seorang anak halaqah. Mereka juga seorang masulah halaqah. Mereka turut menjadi aktivis dalam persatuan dan badan bukan kerajaan islami. 

Aku jadi saksi mereka menghafaz surah wajibat halaqah. Mereka mencetak dan membaca bahan-bahan halaqah. Mereka menyelesaikan tugasan akademik secara berkumpulan dan mengulangkaji subjek yang sudah dipelajari.

Aku sungguh bersyukur dikurniakan anugerah terindah ini. Anugerah membesar dalam kalangan insan-insan terpilih yang sentiasa bersedia untuk ditarbiyah dan mentarbiyah insan lain. 

BIJAK SUSUN AKTIVITI

Aku suka untuk memuhasabah diriku. Sejauh mana aku ikhlas dalam menjalani kehidupan ini. Adakah aku sentiasa mendahulukan apa yang patut didahulukan? Atau aku sentiasa culas untuk menghadiri program dengan mencari pelbagai alasan-alasan yang boleh kucipta. 

Nafsu untuk malas ke program itu perkara biasa. Setiap insan dakwah punya perasaan sebegitu. Godaan kenikmatan rehat di dunia amat menuntut kita untuk mencari helah untuk mengelat. Dan satu kelebihan bagi yang tinggal bersama akhawat ialah segera menghilangkan perasaan-perasaan itu. Malu dengan akhawat untuk memberi alasan. 

Yang aku ingin katakan pada kalian ialah jika terbit rasa bersalah dan tidak senang duduk jika tidak menghadirkan diri ke program merupakan perasaan yang wajib ada dalam diri setiap akh dan ukht. Berfikir aktiviti apakah yang dilakukan oleh ikhwah akhawat di program dan rasa cemburu dengan apa yang bakal mereka dapat.

Ikhlaskanlah diri kalian wahai saudara seIslam. Islam yang gemilang memerlukan kita yang sentiasa gigih berusaha untuk agenda tarbiyah diri dan amal dakwi di luar. Janganlah mencari alasan lagi kerana kalian akan rasa 'sedap' dan terbiasa dengan perangai itu. 


Dakwah yang mencabar ini memerlukan ikhwah akhawat yang kental, rajin dan tidak banyak berehat. 

Salam sayang,
empunya Basikal Karat

2 comments:

  1. Hebat sungguh mereka yang pandai menyusun aktiviti itu! Jzkk. I learned something from this post :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah enti. Moga kita Allah golongkan dalam insan-insan hebat itu. Akhirat dan dunia seimbang. :)

      Delete