Wednesday, 7 October 2015

TAPAK PASAR MALAM ITU KOTOR

# Assalamu'alaikum pembaca #

Semalam sewaktu pulang ke Beit Beliawanis tercinta, rumah akhawat UniSZA yang penuh dengan cinta dan ketenangan itu, aku dan akhawat sekereta singgah membeli burger. Walaupun masih berpantang, terliurlah tengok akhawat beli dan aku hanya membau. hehehe... Akhirnya, 

Daging Cheese satu!!!


Tiba-tiba! Aku ternampak ini. 


Itu adalah kawasan tapak pasar malam di kawasan perumahanku. Sedih melihatkan situasi itu dan memikirkan nilai moral dalam diri peniaga dan pembeli di situ.

Jika semua peniaga bertanggungjawab terhadap kawasan atau tapak masing-masing, sudah pasti tapak itu tidak akan seteruk yang aku sedang lihat ini. Rasa itu perlu dipupuk dan sering diingatkan kot.

Ketika kami memerhatikan tapak itu, ada dua orang yang sedang menyapu dan mengangkat sampah di situ. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Aku tidak pasti pula, mereka dibayar atau sukarela untuk membersihkannya. Terima kasih buat mereka. Semoga Allah swt berkati usia mereka hingga je syurga. 

Aku bukanlah seorang yang terlalu pembersih atau perfectionis, tapi aku agak pantang dan alah dengan sampah yang bertaburan. Apatah lagi sampah yang dibuang melalui tingkap kenderaan. Memang boleh bikin panas hati. hehehe...

Terima kasih sudi menyinggah. :)

 

No comments:

Post a Comment