Saturday, 28 November 2015

BASIKAL KARAT BAKAL TERBIT!

# Assalamu'alaikum pembaca #

Walaupun sudah berlapuk, namun riang di hati masih segar dan akan sentiasa segar!

Anak sulungku bakat terbit di pasaran. Setelah berbulan berdoa dengan sabar dan tenang, akhirnya Allah swt memakbulkan doaku untuk tahun ini. Salah satu impian tahun ini telah tercapai. Terima kasih ya Allah!!

Berita gembira yang encik editor khabarkan memang memberi keterujaan yang teramat sangat. Sedang aku dalam jaulah untuk pulang ke Kuala Terengganu semula daripada Melaka...

"Cover buku dah siap Farhana. Saya dah send ke emel ya."

Taraaaa...

 

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pereka kulit bukuku yang tidak kukenali (nanti nak jumpa juga orangnya). Sunggu comel dan menarik perhatian!! Sahabatku semua kata. "Comellnyaa!"

Alhamdulillah... 

Allah permudahkan urusan pembikinan Basikal Karat tercinta ini. Karat bukan sembarangan karat ok. Kena baca dahulu baharu tahu hati ada karat ke tidak. kuikuikui..

Basikal Karat ni cerita tentang apa???

Ini bukan novel dan juga bukan antologi cerpen ya. Ini sebuah buku yang memaparkan beberapa kisah unsung heroes heroin dan kehebatan mereka. Aku masih tsabat dalam jalan dakwah dan tarbiyah berbekalkan semangat mereka.


Aku kira sudah masanya kalian bertukar selera untuk mengumpulkan buku-buku yang lebih bermanfaat dan memberi inspirasi.. Usia kita semakin berkurangan dan mendekati alam barzakh... Jadinya, pilihlah pengakhiran yang terbaik!

Nantikan #basikalkarat di pasaran ya! Beritahu semua orang dalam dunia tentang #basikalkarat

Jemput like page empunya #basikalkarat 

 

No comments:

Post a Comment