Wednesday, 30 December 2015

AKU MAHASISWA SEMESTER AKHIR

#Assalamu'alaikum pembaca#

Syukur! Sudah lima kertas kulalui. Tinggal sekertas sahaja lagi. 

Jujur aku katakan, perasaan sebagai mahasiswa semester akhir sangat berbeza! Sedih, gembira, risau dan seriau semuanya bercampur. Gembira kerana akan pulang ke kampung untuk goyang kaki makan dan tidur (padahal banyak kerja dah dirancang). Sedih sebab akan meninggalkan sebuah kehidupan yang mencabar dan mengajarku erti kematangan. Kawan-kawan yang nakal lagi bijak bestari. Dan risau sebab akan bermulalah kehidupan sebagai seorang yang dianggap 'bijak serba tahu' oleh masyarakat. Budak U kan.. kan..

Termuhasabah kadang-kadang aku. 

Apakah semua ilmu yang aku pelajari kelak akan aku pratikkan? Kelak akankah aku berusaha bersungguh untuk ajarkan kepada masyarakat? Adakah aku akan aktif menyelam dalam aktiviti ummah? Akan akan akan.. 

Atau...

Aku hanya duduk di rumah, kunci pintu dan enak berehat sahaja!

Kehidupanku sebagai seorang penuntut ilmu bukanlah tamat di sini sahaja. Jauh lagi perjalanan. Ini hanyalah permulaan garisan. Tiada garisan penamat buat semua yang bergelar penuntut ilmu. Tiada!

Malulah kita dengan para ulama dahulu yang berpenat lelah berjalan jauh berbulan-bulan semata-mata untuk sepotong hadis. Malulah kita dengan para sahabat Nabi yang bersungguh menjaga hafalan hadis mereka. Malulah kita dengan adik-adik tadika yang tidak pernah berputus asa untuk menulis huruf hijaiyah berulang kali sehingga kemas. 

Nasihatku buat mahasiswa semester akhir yang bakal keluar dan berkecimpung dalam masyarakat. Rancanglah kehidupan kalian sebelum kalian sampai di pintu rumah. Apakah yang ingin kalian lakukan dan pastikan semuanya berbaloi untuk kehidupan akhirat nanti. 

Dalam meniti peluang pekerjaan, pastikan ianya halal dan tidak menyekat pergerakan kita untuk menyebarkan Islam. Yang mengambil keputusan untuk berniaga pastikan benar-benar faham dengan tatacara muamalah jual beli dan banyakkan bertanya kerana ia berkaitan darah daging kita kelak. Yang mahu mendirikan rumahtangga, pastikan ilmu serba serbi cukup agar rasa bersedia untuk kehidupan berdua pula. :)

Jika ada peluang untuk menyambung pengajian, jangan pernah berfikir dua tiga empat kali. Takut-takut syaitan menyucuk! 

"Tak payah la belajar lagi. Penat dah tu. "

Hokey! Kita nak sambung buat kerja lain. Saling doakan yang terbaik buat semua!!

No comments:

Post a Comment