Saturday, 12 March 2016

BAUCAR BUKU 1MALAYSIA

# Assalamu'alaikum #

Sekarang musim dapat baucar buku kan? Ada yang dok fikir nak beli buku apa. Ada juga yang tercari-cari siapa nak beli baucar dia. Ada yang dok usha-usha tudung dan blouse kat karnival kampus. 

Biasanya pesta buku kecilan akan dibuka di kampus-kampus untuk para mahasiswa menghabiskan baucar mereka.

Bagi yang masih dapat baucar berkeping-keping tu, alhamdulillah. Untunglah kan? Kita ni mana nak dapat lagi kan...

Bagiku, mahasiswa perlu betulkan niat dalam penggunaan baucar buku ini. Benda percuma yang diberi haruslah digunakan dengan sebaik mungkin. Bukan senang untuk dapat kali kedua, ketiga apatah lagi keempat. Siapa la yang nak bagi benda percuma, korang bagitahu meh.

Jika namanya baucar buku, eloklah kiranya korang gunakan baucar itu untuk membeli buku. Segala jenis buku belilah. Inilah masanya korang beli buku yang agak mahal harganya. Kamus ke, buku undang-undang ke, kan mahal buku tu semuanya.

Nak beli guna duit sendiri, tak berkemampuan kan. Ni ha, ada 'duit' percuma, gunalah.

Janganlah korang beli majalah hiburan atau novel dengan baucar itu. Sedih tau aku tengok kalau di pesta buku tu, ada yang ambil novel berkilo-kilo. Baik engkau beli buku pasal Ibn Battuta yang mahal tu mak!

Ramai yang mengeluh dengan tak cukupnya nilai baucar buku tersebut. Kutuk sana sini. Perli sana sini. Ini bukan isu sokong kerajaan atau pembangkang ya. Tapi isu kesyukuran!

Korang mengeluh tak cukup. Ada yang beli baju dan kasut guna baucar tersebut!  

Akhir sekali, nah tip penggunaan baucar buku dari aku!

  1. Syukur masih dapat.
  2. Betulkan niat nak gunakan untuk apa.
  3. Beli buku (kalau takde sangat buku nak beli, belilah buku masakan & pasal persediaan nak berumah tangga nanti; Tarbiyatul Aulad sangat disarankan). 
  4. Beli buku lagi sampai baucar habis.
  5. Jangan terpedaya dengan pujukan boleh tukar ganti baucar. Amanahnya ialah baucar untuk beli buku. Sebab tu namanya BAUCAR BUKU. 
Sekian. 

No comments:

Post a Comment