Sunday, 13 March 2016

LAMA-LAMA JADI 'ORANG'

# Assalamu'alaikum #

Dari semalam lagi aku tersenyum simpul sampai telinga. Mendapat khabar gembira lagi bahagia daripada adik-adik penggerak di UniSZA. 

Katanya program Borak Islamic Series mereka semalam seronok!

Para peserta proaktif dan ada yang curhat (curahan hati) bagai. Alhamdulillah!

Tiada khabar sebagai seorang kakak yang lebih seronok daripada ini. Seronoknya dan bahagianya melihatkan adik-adik yang dijaga dan diasuh selama beberapa ketika ini sedang 'membesar' dengan nutrisi yang cukup. Mungkin belum sempurna, namun sudah memberikan nikmat terindah buatku.

Usia mereka masih muda dan sukakan keseronokan, dibatasi keinginan dunia itu demi sebuah risalah. Risalah warisan daripada Nabi saw. 

Ketegasan dan toleransi dalam mendidik mereka merupakan percaturan yang agak disangsikan pada awalnya. Takut-takut mereka stress dan lari meninggalkan medan tarbiah dan dakwah. 

Tetapi...

Allah swt Maha Pemberi Nikmat dan Pengatur Strategi yang Paling Terbaik!

Mereka masih istiqamah dan cuba membawa rakan yang lain juga istiqamah bersama. Tabarakallahu!!!

Oleh itu adik-adik, jika ada kakak atau abang yang mendidikmu dengan segala ketegasan atau keganasan (hahahaha), jangan pernah stress kerana itulah cara didikan yang akan berhasil di samping kasih sayang tangkap leleh. 



Lain padang, lain belalangnya!  

tapi gambar Ladybird. Boleh la kan...



No comments:

Post a Comment