Sunday, 17 April 2016

REWANG; MENGERATKAN SILATURRAHIM?

# Assalamu'alaikum pembaca#

Kredit Google.com


Rasanya semua orang sudah maklum apakah yang dimaksudkan dengan rewang kan? Perkataan ini berasal daripada bahasa Jawa. Rewang bererti aktiviti bergotong-royong. Selalunya untuk menggambarkan aktiviti masak beramai-ramai.

Secara teorinya, aktiviti rewang memang akan menampakkan sisi yang positif. Tapi secara hakikatnya banyak yang tidak terzahir akan terzahir bagi yang pernah menyelami aktiviti seronok ini.

Beberapa perkara negatif akan muncul jika beberapa kesalahan timbul dalam seharian berrewang. Jika tuan rumah tidak bijak membahagi tugas dan agak berat sebelah, wah memang akan timbul beberapa perkara negatif. Lalu mencacatkan keindahan hikmah aktiviti ini.

Aku tulis entri ini dek rasa kesal yang tak berkesudahan dengan apa yang aku telah alami. Nah, antara kesalahan dalam aktiviti rewang:

Tuan rumah memanggil hanya beberapa orang sahaja untuk merewang. Akibat terlampau banyak kerja untuk setiap orang dan mengundang kepenatan yang melampau (sampai sekarang tangan kananku sakit akibat terlampau banyak memotong sayur). Aku seakan sudah alergik mendengar perkataan 'rewang'. 

Tuan rumah sepatutnya memasakkan para saudara yang datang merewang makanan tengah hari. Bukannya menyuruh orang yang datang membantu majlis masakkan untuk semua (orang rewang & anak mereka). Dikira tetamu bagiku segala manusia yang datang rewang itu. Sudahlah kerja teknikal melambak, kami juga yang perlu masak untuk diri sendiri.

Tuan rumah membiarkan anak-anak (bukan budak kecil ya) mereka tidak buat kerja dan mengharapkan orang yang datang bertungkus-lumus di dapur. Anak-anak mereka hanya duduk dihadapan televisyen baring berehat. Tapi, waktu makan, mereka akan menjamah sama. Sepatutnya mereka yang masakkan buat nenek-nenek yang datang merewang.

Tuan rumah sepatutnya mengerahkan anak lelaki mereka untuk membasuh segala bagai periuk belanga dan kuali besar yang digunakan nenek untuk memasak. Bukan biarkan yang bagai nak mati di dapur dari pagi tadi ini untuk membasuh itu semua.

Tuan rumah perlu kemaskan dapur mereka sebelum kehadiran para tentera rewang yang tak seberapa ini. Dapur yang berkecah tidak perlulah kami pula yang mengemasnya. Kerja sudah berganti wahai tuan rumah. Rumah kami pun tak sempat dikemas semata hendak ke rumah awak!

Tuan rumah perlu kerah saudara mereka untuk turut membantu di dapur, bukan datang sebagai tetamu untuk dilayan. Bukan sekadar menjengah muka di pintu dan berlalu. Lebih baik duduk depan, jangan tunjuk muka. Buat panas hati kami sahaja (rasa tak kegeraman aku tu). 


Jadinya, keikhlasan semakin tercabut dan umpatan demi umpatan akan keluar. Niat asal untuk eratkan silaturrahim sudah hilang dimamah perangai anak-anak tuan rumah. Pahala pun berterbangan ke angkasa raya. Kesian aku tau!

Kadang-kadang kami ibarat kuli, bukan saudara sekampung. Sedih sungguh! 

Sila ambil perhatian ya siapa yang hendak buat kenduri-kendara. Kalau tak mahu susahkan orang, boleh guna khidmat katering sahaja. Senang cerita. Kholass!


No comments:

Post a Comment