Monday, 16 May 2016

TULIS SKRIP SELARI DENGAN ISLAM

# Assalamu'alaikum pembaca #

Alhamdulillah. Hujung minggu penuh dengan sogokan anak Melaka perlu berbakti pada negeri sendiri, serlahkan kepahlawanan anak Melaka dan dekati mad'u dengan sejarah kegemilangan Melaka.

Ohh! Melaka!

Semalam berkesempatan untuk menghadirkan diri yang kerdil ini dalam program uncle Zabidi. Jihad dalam penulisan skrip. Alhamdulillah! Sangat berbaloi dan banyak ilmu serta kesedaran yang UM dapat.




Program ini bukan bengkel pun sebenarnya. Ia hanya seakan kelas pengenalan untuk bidang penulisan skrip, dan yang paling penting ialah terma 'jihad'. Tulis skrip yang selari dengan tuntutan Islam.

Cerita Islam yang sebenar! Bukan hanya balutan tudung dan kopiah.

Stesen televisyen yang banyak dalam negara kita mendambakan dan menunggu-nunggu skrip yang berkualiti untuk dihidangkan kepada masyarakat. 

Buat penonton TV RTM tegar macam UM ni, dapat lihat cerita yang berkualiti di stesen itu. Kalau kita cakap pasal RTM mesti orang akan cakap, "Euw, macam orang tua je!"

Betul tak?

Ada pula macam tu.

Orang muda tengok stesen TV berapa? Biasanya yang berteraskan hiburan, lawak ketawa terbahak tak ingat mati, nyanyi gelek membuka aurat dan cerita hantu tahyul yang menakutkan untuk hidup di waktu malam. Kan?

Mungkin kita sebagai manusia yang punya minda dan ingin menjaga minda kita daripada terkikis keintelektualan kita, kita perlu menonton sesuatu yang akan menebalkannya.

Pilihan stesen sangat mempengaruhi fikrah kita. Kalau itu yang kita lihat hari-hari, mesti kita akan terikut-ikut kan. Pilihan mana yang kita mahukan. Kita sahaja yang berhak memilih.

Remote control di tangan kita!

UM mengambil keputusan untuk memperlebar kemahiran untuk bidang skrip pula sebab... banyak sebab sebenarnya. 

Asyik mengutuk cerita orang di TV ini dan itu, apa kata UM cuba untuk ubah dengan usaha sendiri. Asyik sarankan orang lain buat itu dan ini, apa kata UM yang cuba untuk buat.

Insya-Allah. Kalau niat kita buat sesuatu itu untuk amar makruf nahi mungkar, Allah SWT akan sentiasa tunjuk jalan dan bantu kita. Walaupun menuntut pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.

Uncle Zabidi kata bulan November nak adakan bengkel selama lima hari.

Okay! Kena kumpul duit yuran ni!  


No comments:

Post a Comment