Tuesday, 20 September 2016

5 SEBAB ORANG CEPAT 'PANAS' PERLU SERTAI TARBIAH

# Assalamu'alaikum pembaca #


aanaffin.blogspot.com



Anda seorang yang cepat 'panas'?
Ada sahaja yang akan buat anda melenting dan tidak puas hati?
Sedang mencari jalan bagaimana mahu mengubah sikap buruk anda itu?

Nah! Artikel ini memang sesuai dan sepadan untuk anda!:) Silakan terus membaca dan membaca. Jika anda seorang yang penyabar mungkin kurang sesuai kot. Tetapi, teruskan sahajalah membaca, tak rugi apa pun kan (hihihi). 

5 sebab kenapa anda perlu sertai sistem tarbiah mana-mana jamaah Islam atau perkumpulan orang baik-baik atau berkawan rapat dengan orang yang soleh (sesama jantina), jika anda seorang yang panas baran dan cepat 'panas'

  1. Anda akan berjumpa dengan ramai insan yang sangat tenang (cool) dan penyabar. Bergelumangnya anda dalam kumpulan orang baik-baik ini akan membuatkan anda termuhasabah sendiri diri anda. "Sabarnya akak itu!"; "Boleh eh dia sabar dengan anak-anak ramai macam itu." Anda malu untuk menunjukkan belang panas baran anda itu. Akhirnya, anda balik rumah dari suatu program, "Kenapa aku tak boleh sabar macam dia?"; "Bagaimana aku nak jadi sabar macam kakak itu?". Anda akan terus mencari akar punca anda jadi sangat cepat panas dan cuba untuk lakar strategi bagaimana hendak mengatasinya. Terasa nak tiru mereka! Qudwah namanya itu!
  2. Sentiasa akan ditegur dan dinasihat jika terlebih bicara atau perlakuan. Bahagian ini seronok juga tetapi pahit sedikit. Manusia ini fitrahnya sukar menerima teguran dan kritikan. Walau apa pun yang berlaku, terimalah walaupun pahit. Jika anda hidup dalam lingkungan manusia ditarbiah, setiap tindak-tanduk anda akan diperhatikan orang lain. Ramai yang akan menegur jika kita buat silap atas nama kasih sayang seakidah. Jika ada sikap anda yang terlebih sempadan, pasti akan menerima nasihat-nasihat yang berisi daripada mereka itu. Sweet gitu! Kalau anda duduk seorang diri atau dengan yang 'sekepala', anda akan rasa sikap anda itu okay sahaja. Tidak buruk sama sekali!
  3. Sikap orang lain yang pelbagai ragam akan menjadikan anda lebih kreatif dan proaktif. Manusia ini pelbagai ragam dan kerenah. Ada yang begini, ada yang begitu. Kalau anda cepat 'panas', banyaklah unsur tidak puas hati dan tebalnya hitam dalam dinding hati anda itu. Selalulah anda akan mengamuk bila ada yang tidak sebulu dengan pendapat anda. Dalam tarbiah, anda akan diletakkan dalam posisi yang sesuai dengan kemampuan serta minat anda. Anda akan berurusan dengan pelbagai jenis manusia dan ia akan membuatkan anda jadi KREATIF dan PROAKTIF dalam menyelesaikan masalah dengan mereka. Walaupun ada sedikit 'panas' pada permulaan jika tidak sependapat, itulah adat berjamaah. Banyak kepala, banyaklah ideanya.  Ini telah terbukti dalam diri saya bila saya diletakkan sebagai Ketua Beliawanis di UniSZA. Saya jadi semakin sabar mencetak anak-anak muda dengan kreatif dan adil. Sabar menanti buah masak ranum, tidak memetik sebelum masanya tiba.
  4. Tidak mudah mengamuk dan putus asa bila satu strategi tidak menjadi. Bila anda merancang sesuatu projek bersama-sama dan telah dijumpai kata sepakat, lalu anda dan kumpulan soleh anda laksanakannya. Tup tup! Gagal! Dengan adanya insan-insan setarbiah, anda tidak terus dihanyut rasa kecewa, marah dan putus harapan. Mereka akan terus motivasi diri anda, belanja makan coklat dan sama-sama bina strategi baharu yang mungkin pula berkesan. Bayangkan jika duduk berseorangan atau dalam kalangan manusia yang busuk hatinya, pasti anda ditertawakan dari arah belakang atau dalam hati. 
  5. Dapat nikmati masa bujang dengan gembira dan tenang. Bila umur anda (kita sebenarnya) sudah meningkat dan anda pun belum ada calon yang sesuai, anda akan mudah resah gelisah dan sentap tak tentu pasal bila orang tanya tentang jodoh. Anda mula membandingkan kenapa rakan seusia sudah punya suami yang kacak dan anak yang comel. Hal ini sedikit sebanyak akan terubat bila anda sentiasa hidup dengan orang soleh dan jamaah Islam. Anda akan semakin terlupa untuk menyoalkan kenapa tiada orang masuk meminang dan kenapa tidak laku walaupun cantik dan solehah (Eh!). Kerana anda akan sibuk menguruskan aktviti-aktiviti yang membangkitkan potensi anak muda dan terlalu sibuk dengan bagaimana mahu tingkatkan mutabaah amal diri sendiri. Anda juga akan sentiasa mematikan niat untuk berkahwin muda tanpa sebab, ketika membandingkan diri dengan kakak atau abang yang soleh yang lebih berusia pun masih solo dengan tenang. Jadinya, anda pun akan cool dan sabar menikmati zaman bujang dengan penuh kesyukuran. Tetapi doa tetap sentiasa dihulur buat mereka dan diri sendiri juga! 

Banyak kisah menarik tentang tarbiah dan sabar dalam Tayar Koyak 18, buku Basikal Karat. Mungkin bakal menggamit memori anda atau persediaan buat anda yang baru melangkah. :)

Anda belum punya Basikal Karat? Jangan risau, anda bukan keseorangan. 

Bagi yang ingin mendapatkan naskhah ringan dan santai tetapi penuh dengan motivasi tarbiah ini, boleh dapat secara terus daripada penulisnya, iaitu saya (hihihi). 

Feel free to private message my facebook: Facebook Ukhti Mawar

Terima kasih sudi menahan mata sampai artikel habis. Jumpa lagi artikel akan datang! 

No comments:

Post a Comment