Friday, 9 September 2016

ASAS HAID #2 WANITA HAID MASUK MASJID

#Assalamu'alaikum pembaca semua #

Kredit Google



Ramai wanita yang tidak sedar atau tidak mengetahui yang kita diharamkan untuk masuk ke dalam rumah ibadat seperti masjid atau surau yang kekal binaannya, menurut Ustaz Tirmizi Taha, pensyarah pakar darah wanita UniSZA. 



Tempat ibadat yang orang ramai melakukan solat di situ. 

Dalam kitab Matla' Badrain ada dinukilkan juga, "...dan diam di dalam masjid jika kadar tamakninah sekalipun...."


Bagaimanakah yang dinamakan tempat ibadat atau masjid yang kekal binaannya?

Baiklah. Ustaz telah memberi dua contoh tempat masjid atau surau.

  1. Masjid atau surau di kampung yang diadakan solat jumaat, solat terawih, solat sunat dua hari raya dan pelbagai aktiviti kerohanian seperti ceramah dan bacaan Yaasin.
  2. Surau di kampus kita yang terdiri daripada satu bilik atau gabungan bilik asrama yang dikhususkan untuk solat berjamaah. Ada kemungkinan surau atau bilik solat ini boleh ditukar ke bangunan yang lain. 
Surau yang pertama itu yang diharamkan oleh kebanyakan ulama dan yang kedua dibolehkan untuk wanita berhadas besar masuk dan duduk di dalamnya. 

Kekal bermakna tidak boleh ditukar sesuka hati.

Jika kita berniat untuk masuk ke dalam masjid hanya untuk lalu melalui pintu yang berbeza dan yakin darah tidak akan menitik, maka ia dibolehkan para ulama.

Jika kita yakin akan ada darah yang tertitik, maka diharamkan untuk lalu. Ingat ya, lalu bulan duduk. Masuk menggunakan satu pintu dan keluar melalui pintu yang lain pula.

Dalam Matla' Badrain, karangan Syeikh Daud al-Fatani pada muka surat 28, "... dan tiada haram lalu di dalam masjid seperti masuk yang berjunub pada satu pintu dan keluar pada pintu yang lainnya bahkan tiada makruh pula pada asoh, dan pergi datang orang junub di dalam masjid HARAM seperti diam padanya...."

Isu yang timbul sekarang ialah kita bukan hendak solat, tetapi kita hanya hendak mengikuti kuliah atau ceramah agama. Maka, kita berbalik kepada fakta awal tadi. Bukan aktiviti apa yang kita ingin lakukan, tetapi duduk di dalam masjid sahaja sudah haram bagi wanita berhaid.

Kita membawa kekotoran ke dalam tempat yang sangat suci. Tak gitu?

Kalau hanya duduk di koridor?

Baiklah. Koridor maksudnya perkarangan masjid atau surau yang tidak berpermaidani dalam masjid. Tempat yang lapang. Satu soalan sahaja untuk menentukan tempat itu masih berada dalam kawasan masjid atau tidak ialah, "Adakah ruangan itu digunakan untuk solat?"

Jika jawapannya, "Ya!". Jadinya masih dalam jajahan haram. Kerana itu adalah ruang solat dan termasuk dalam 'masjid'. 

Dalam kitab Tuhfah Aizza' karangan ustaz Mansoor Ismail, wanita berhaid tidak diharamkan untuk menghadiri mana-mana kuliah agama dan berada dalam majlis ilmu yang bukan tempatnya dalam masjid. 

Sabda Rasulullah SAW: "... aku tidak menghalalkan masjid bagi perempuan yang berhaid dan bagi orang yang berjunub."

(Sunan Abi Daud, juzuk 1, muka surat 109)

Sumber terkini: 


  1. Tuhfa Aizza' [Ustaz Mansoor Ismail]
  2. Matla' Badrain wa Majma' Bahrain [Syeikh Daud al-Fatoni rahimahullah]




Perhatian: Saya akan edit dari masa ke semasa untuk penambahan maklumat. Kitab banyak yang tertinggal di Terengganu. Insya-Allah. 

2 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah. Sila kongsikan ilmunya pada yang lain ya Puan Dieyla. :)

      Delete