Thursday, 22 September 2016

ASAS HAID 5: DEFINISI DARAH NIFAS

# Assalamu'alaikum pembaca #


Bab kali ini memang bikin saya pening kepala. Cerita pasal darah nifas seperti belajar bab haji juga. Sukar difahami sedikit jika tidak pernah mengalami sendiri.

Walaubagaimanapun, perjuangan kita belajar ilmu fardhu ain ini WAJIB diteruskan. Jangan cepat menyerah kalah dan malas. Kalau pasal bisnes kita bukan main lagi share sana-sini posting. Kalau bab petua murahkan rezeki berduyun-duyun orang nak belajar dan aplikasikan. Kan. 

Kalau bab agama, ilmu fardhu ain. Herm. Krik! Krik!

Jom, jangan jadi wanita yang krik! krik! lagi dengan 'ilmu kita' ini. :)



DARAH NIFAS (KITAB MATLA' BADRAIN)
==================================
1) Darah NIFAS ialah darah yang keluar mengiringi wiladah (setelah melahirkan anak).

2) Darah yang keluar dalam kerangka tempoh 15 hari selepas melahirkan, jika darah keluar selepas berlalu 15 hari, itu dikira sebagai darah HAID.

Contoh (Kitab Tuhfah Ai'zza):

Kes 1: Setelah melahirkan anak, darah tidak keluar sehingga berlalu 15 hari, dan selepas 15 hari barulah darah keluar. Ini ialah DARAH HAID.

Kes 2: Selepas melahirkan anak, darah tidak kelihatan keluar daripada si ibu, tetapi tiba-tiba ia keluar sebelum berakhir hari ke-15 daripada tarikh kelahiran. Ini ialah DARAH NIFAS.

3) Darah yang keluar sebelum melahirkan ( iaitu semasa sakit hendak bersalin) dan ketika bayi keluar, jika tak bersambung dengan haid sebelumnya dinamakan DARAH FASAD (rosak).

Jika darah yang keluar setelah melahirkan bayi bersambung dengan haid sebelumnya iaitu sebelum sakit hendak bersalin, ini dinamakan DARAH HAID. Adapun menurut pendapat asoh, wanita bunting boleh datang haid. Pening kan? Begini contohnya. :)

Contoh (Kitab Tuhfah Ai'zza):

Seorang wanita hamil telah keluar darah haid sebelum sakit hendak bersalin, dan darah itu bersambung dengan ketika sakit hendak bersalin dan ketika melahirkan bayi. Seterusnya, darah terus keluar 
selepas bayi keluar sepenuhnya.

HAID: Sebelum melahirkan, sakit hendak melahirkan dan ketika bayi lahir. 

NIFAS: Selepas melahirkan bayi.

Wallahu a'lam.

#BelajarDarahWanita


No comments:

Post a Comment