Tuesday, 11 October 2016

ASAS HAID 7: 3 KATEGORI WANITA HAID

# Assalamu'alaikum pembaca semua #


Jom, sambung ulang kaji bab darah wanita. Ini kumpulan posting Facebook saya juga. :)

Kalau cerita pasal sifat darah wanita, apa yang terlintas dalam fikiran anda?

Tidak pasti?

Okay, tidak mengapa. Jom kita belajar sedikit hari ini pasal sifat darah.

Jika kita sebut tentang sifat darah, kita mesti bayangkan apa yang kita rasa waktu darah keluar.

Ada beberapa keadaan sifat darah bila ia keluar:

1) Darah pekat dan disertai rasa hangat atau panas.
2) Darah tidak pekat, iaitu cair.
3) Darah keluar tanpa disedari.
4) Darah keluar dengan rasa kebas atau sakit.

Sudah pasti sekarang? Alhamdulillah! ^~^ Bagi smile beserta ucapan "alhamdulillah" sikit di ruangan komen.

Tak paksa pun. Tapi kasi support sikitlah benda baik. Hihihi


*****

Tahukah Anda Bahawa Wanita Yang Kedatangan Haid Itu Ada 3 Kategori?
======================

1) Mubtada'ah (baru pertama kali): ia bermaksud wanita pertama kali kedatangan haid.

2) Mu'tadah (telah biasa kedatangan haid): iaitu wanita yang pernah kedatangan haid dan suci sebelum haid terkini, dan dia mengetahui kadar lama masa kedatangan haid serta masanya.

3) Mutahayyirah: wanita yang terlupa kebiasaan darah haid yang datang; sama ada bilangan hari dan tarikh permulaan.

Sekarang tahu dah kan? ^~^

Jumpa lagi nanti! 

No comments:

Post a Comment