Wednesday, 19 October 2016

2 PERKARA PENTING SEBELUM BERGRADUASI

# Assalamu'alaikum pembaca #

Lama sudah saya tidak berkongsi di sini. Bukan tak tahu hendak tulis apa, banyak saja yang ingin ditulis.

Tetapi...

Seperti biasalah, alasan demi alasan, tangguhan demi tangguhan, sampailah saat menaip entry yang ini. Alhamdulillah berjaya lawan MALAS dan MALAS. hahaha. 

Nampak tak, betul-betul malas tu. 

Malam ini saya akan bertolak ke Kuala Terengganu untuk urusan konvokesyen Sabtu ini, insya-Allah. Hampir 10 bulan menunggu saat ini. Kelas adik murid ada sebahagiannya saya sudah awalkan dan yang selebihnya akan diganti pada masa akan datang secepat mungkin. Mereka sudah hendak PAT minggu depan pula tu. 

Erk! PAT tu apa UM?

Hehehe. Peperiksaan Akhir Tahun. 
Gitu. 

Secara jujurnya tiadalah rasa teruja yang terlampau, tapi pelbagai perasaan muncul saat ini. Teruja bercampur gembira, bercampur lagi dengan ceria, bercampur lagi dengan tak sabau. Macam-macamlah yang ada. 

Risau! 
Pun ada, sebab jubah dapat saiz m. Huwaa. Dua kali saiz sebenar saya. Guanelah nanti. Tengok esok macam mana. Nanti saya update dengan korang. Nak merayu berguling-guling dalam pejabat untuk saiz yang lebih kecil. 

Kalau kita bercerita pasal konvokesyen ni, apa yang paling penting ialah ADAKAH ILMU KITA SEPANJANG 3 TAHUN LEBIH INI BERKAT?, dan satu lagi persoalan ialah APA MANFAAT YANG AKAN KITA BUAT SELEPAS KONVO?

2 persoalan ini harus dimuhasabahkan sebenarnya. Saya pun terfikir juga, adakah semuanya berkat. Moga Allah SWT ampunkan dosa-dosa kami sepanjang menuntut dan jadikan kami insan yang bermanfaat pada orang lain. 

So far, alhamdulillah pekerjaan saya selama 8 bulan ini memberi manfaat pada orang lain, yang lebih fokus ialah anak-anak kampung. Biarlah ramai tidak percaya itu suatu pekerjaan, saya akan teruskan juga insya-Allah. :)

Okay! Itu bukan dewan konvo saya. 

Selamat Bergraduasi Semua! Muah! 

4 comments:

  1. Replies
    1. Jazakillah Chegu Kimmia! Doakan mumtaz untuk ummah. :)

      Delete
  2. Mabruk kak mawar
    Semoga berjaya utk ummah selalu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Jazakillah Dila. Doakan akak tau selalu! :)

      Delete