Friday, 13 October 2017

BILA KITA DIKRITIK DAN DITUDUH, APA KITA BUAT?

Assalamualaikum. Sekarang saya cadang untuk rutin buat entry seminggu sekali. Setelah berehat berbulan lamanya, tidak mahu terlalu tekankan diri sendiri. Buat yang mampu dahulu. Buat masa ini setiap hari Jumaat insya-Allah saya terbitkan.

Ya, seperti tajuk di atas. Apa yang anda akan lakukan jika anda dituduh tidak buat kerja sedangkan anda melakukannya, dan anda dikritik semua kerja yang anda lakukan di belakang anda. Bukan kritik depan-depan, tetapi diumpat di belakang.

Pedih. Pedihnya itu tidak dapat ditahan tau.

Sudahlah kita dapat tahu daripada orang lain yang boleh dipercayai, bukan dari mulut beliau sendiri. Sedih, pedih, luluh, tawar hati dan kecewa bercampur-aduk.

Saat mendengar segala kenyataan itu, air mata memang tidak dapat ditahan. Hati memberontak ingin lari dan menjerit. Ingin sahaja mulut ini hamburkan segala penafian membela diri.

Apa yang terbaik saat itu?

Ya. Ada beberapa tip untuk kita yang ‘bersalah’ amalkan saat genting begitu.

  1. Istighfar (walaupun payah tersekat)
  2. Tenang dan tenang (walaupun sudah rasa mahu pecah kolam hati)
  3. Tutup mulut, jangan dibuka untuk menjawab
  4. Ambil masa beberapa minit untuk jelaskan, jika punya waktu dan peluang


Tentang peluang untuk penjelasan itu tidak semua akan punya. Ada yang dikritik dan diberi peluang untuk menjelaskan. Ada yang dikritik, lalu ditinggalkan tidak bertali. Tiada penjelasan bagimu! Memang kejamlah jenis yang kedua ini.

Masa beri penjelasan itu, janganlah terlalu emosi ya. Kasi tenang dahulu, kadar pernafasan sederhana baru bersuara dengan sopan. Insya-Allah, keadaan akan kurang bahang dan empati lebih meresap.

Mari saya tinggalkan untuk anda beberapa perenggan kata-kata beberapa ahli falsafah yang sangat menusuk buat saya saat hati dirundung sedih beberapa hari lepas. Saya ambil daripada buku Peribadi tulisan Pak Hamka.

“Orang yang arif suka memaafkan. Bagaimana dia tidak pemaaf padahal ia menyedari bahawa setiap manusia yang berakal mecari kebenaran dan setiap orang yang mencari kebenaran akan bertemu dengan kesulitan. Jika dia sulit, tentu orang lain juga sulit. Tidakkah patut orang itu dimaafkan?”


“Orang yang arif ialah apabila engkau telah sanggup menghiasi wajahmu dengan kesabaran dan menunggu dengan tenang, padahal berbagai tuduhan telah ditimpakan kepadamu."


“Apabila engkau telah sanggup menahan hatimu, melihat pendirian yang engkau perjuangkan dan perubahan yang engkau kehendaki tidak diperhatikan orang."

Sungguh menenangkan bila saya baca bait-bait di atas. Seakan ada yang datang menghulur ketenangan dan menyejukkan jiwa. Terima kasih Allah.

Google


Satu saja kita perlu ingat dan peringatkan diri kita sentiasa. Kita lakukan semua kerja kita kerana Allah SWT semata, bukan kerana orang lain. Bukan jua kerana suruhan orang. Bersihkan niat asal kita suci murni, dengan izin-Nya kita akan tenang kembali. Biarlah mereka dengan sangkaan mereka. Biarlah kita bekerja dan terus beramal lillahi Taala. 

    

No comments:

Post a Comment