Friday, 3 November 2017

REZEKI ADA DI MANA-MANA. USAHA SAJA.

Assalamualaikum semua. Hari ini hari Jumaat. Sedang saya tulis entry ini, hujan renyai sedang turun dengan tenangnya. Dingin saja rasa. 

Sehari dua ini, jujur saya beritahu, banyak sentapan yang wujud dalam diri. Baru 3 hari daftar sebagai agen Mary Jardin, di bawah team #suridiamonds. Alhamdulillah, banyak pencerahan hidup dan masa depan yang saya dapat. 


Setiap yang kita lakukan, mesti ada BIG WHY kan? Saya sertai MJ pun ada beberapa big why

Sudah semestinya big why saya ialah tak mahu bagi Mama Baba risau dengan keadaan dan pilihan saya lagi. Kita semua mesti faham betapa risaunya mak ayah kita bila kita kata, kita mahu kerja sendiri, bukan kerajaan. Boleh bayangkan betapa mereka memikirkan bagaimana masa depan kita yang tak stabil. Gaji tak tetap, kadang ada kadang tiada untuk permulaan tahun pertama ini. Saya sebagai anak faham apa yang terbuku dalam hati mereka.

Walaupun muka mereka tak tunjuk risau itu, walau mereka nampak bersetuju dengan apa yang kita pilih, sebenarnya jauh dalam sudut hati mereka, kerisauan yang sangat besar. Sebesar ladang nenas di Johor gamaknya. Apalah sangat pendapatan buat tuisyen untuk bantu anak kampung. Inilah big why paling utama saya jadi agen dropship MJ. Tambah pendapatan, nak bagi mama, baba, atuk dan nenek lebih setiap bulan. 

Apa yang menarik join MJ ini, bukan kita sekadar masuk team, suruh jual bebanyak melambak cepat buat banyak sale. Tetapi ajar bagaimana nak ubah mindset negatif selama ini, ubah cara saya urus masa, ubah cara saya definisikan apa itu impian dan rezeki. Luas sangat ilmu Allah rupanya. Banyak yang saya tak tahu lagi.

Terima kasih, bonda Ira!

Mahu dengar satu cerita tak?

Dua hari lepas saya ke Kip Mart Bachang di Melaka. Niatnya nak ambil spek mata Mama. Rupanya ada sesuatu yang buat saya gila saat masuk pintu utama. Nasib baik tak menjerit guling saja depan pintu.

Saya nampak sekotak tafsir fi zilal Qur'an!!!

Idaman selama bertahun-tahun. Ada saja jual online, tapi dek kekurangan kewangan, saya tangguhkan niat. Harga biasa, dalam rm1400 atau seribu lima gitu. Tapi di Kip Mart itu saya dapat seribu saja. Mahu tak gila mak, nak! 

Terus saja menggelupur suruh abang kedai simpankan. Saya nak beli tau, encik. Simpankan.

"Baik. Awak datang tau. Saya simpan bawah meja."

Padahal korang, duit pun tiada sebenarnya. Mulalah meraban fikir mana nak cari 1k dalam 4 hari ini. Kerja gilak. Memang waktu tu saya tawakal saja. Sebab tinggal sekotak itu sahaja. Murah pula tu.

"Ya Allah, cukupkanlah duit hamba." Ini yang saya zikirkan beberapa hari ini.

Semalam saya keluarkan rm800 duit Tabung Haji. Terpaksa kot berkorban untuk menabung lagi. Syukur juga, semalam ada parents pelajar tuisyen bayar yuran awal. Rezeki semuanya. Tambah tolak sikit duit tuisyen yang dah dibayar dan dibayar awal, cukuplah rm200. Alhamdulillah.

Cukuplah 1k yang dikehendaki. Terima kasih ya Allah. Betulkan rezeki itu ada di mana-mana, janji kita yakin dengan Allah swt.

Jika ada yang mempertikaikan kenapa saya degil nak beli juga walaupun tak cukup duit. Hanya orang yang join usrah mengerti bernilainya tafsir 11 jilid ini. 

Sebak pula. Terima kasih ya Allah. 




No comments:

Post a Comment