Sunday, 24 December 2017

MISI DETOKS MUKA: BAHAGIAN 1

Assalamualaikum semua. Hari ini Fana nak cerita tentang detoks muka. Pernah dengar istilah detoks muka? Fana waktu mula-mula dengar kan, macam cakap apa tu. Lekatkan pelekat detoks tu kah? Tempel-tempel pastu keluar toksin. Hahaha. Semudah itu. 

Jika anda seorang insan yang tak pernah detoks muka, Fana sarankan anda cuba untuk sekali saja. Percayalah, anda akan dapat rasa apa itu pembersihan dalam dan luaran secara berkesan. Fana lepas buat kali pertama bulan lepas, terus ketagih nak buat hari-hari. Tapi tak boleh. Kita disarankan untuk detoks dua kali seminggu saja.

Cuba anda bayangkan toksin di bawah lapisan kulit tersimpan lama tidak dikeluarkan, bergabung dengan segala kotoran debu, asap kereta dan rokok. Betapa teruk agaknya keadaan kulit kita jika dizoomkan secara dekat.



Uh! Euww. Tersumbat habis kan dalam liang pori kita. 27 tahun tau tersimpan rapi lagi kemas. 


Anda tertanya-tanya kenapa kita perlu detoks muka? Apa kesan pada kulit kita jika segala kotoran yang terkumpul berpuluh tahun itu tetap berdiam diri di situ? Dan bagaimana cara #MUDAH serta #MURAH untuk proses singkir mati semua jenis sampah muka tersebut?

Aha! Memang tak sabar kan nak tahu. Sabar sabar. Hihi. 

Kalau awak nak tahu, toksin itu bukan hanya keluar melalui pembuangan air besar saja, ada juga yang disingkirkan perantaraan kulit. Selalu orang gembar-gemburkan detoks usus guna air lemon kan, kasi keluar semua toksin dalam usus yang terkumpul. Usah dilupa juga toksin bawah kulit kita ya!

Bayangkan badan kita akan rasa cepat letih dan berat jika toksin tak dikeluarkan secara konsisten. Begitu juga kulit kita akan kelihatan kusam dan tidak bersinar, dek berjemaahnya toksin berkumpul bawah kulit tak disedut keluar.

Betul lah Fana. Kan? 

Kan seronok jika ada 'orang' tolong cucikan pori kita yang tersumbat tu?

Memang betul pun. MEmang ada 'orang' yang boleh tolong detoks kan muka awak tanpa sakit atau belanja tinggi. Wujud satu cara detoks yang #MURAH dan #MUDAH dalam dunia ini. Namanya detox clay mask (DCM). 

Walaupun bahan dalam DCM ini import dari Perancis, pengasas produk Dr M berbaik hati letak harga begitu murah sebab nak jadikan Mary Jardin ini mampu milik rakyat Malaysia.

Mesti kalian tertanya-tanya, kenapa detoks muka guna DCM ini baik dan berkesan?

Aha! Hal ini kerana bahan asas utama yang digunakan ialah bentonite clay dan french green clay. Dua bahan ini boleh mencuci jauh ke dalam liang pori kita. Sedut semua toksin dan kotoran bawah kulit. Deep pore cleansing omputih cakap. 

Wuuuu. Rasa segar tetiba.

Bentonite clay ini punya cas bila bersentuhan dengan air. Bila kita bancuh dengan cecair, fungsi sebenar ia akan terserlah. Macam magnet lah. Ia sedut habis semuanya tanpa tinggal sisa.

Dan nanti bila DCM sudah ada depan mata awak, masa bancuh itu nanti awak perasan ada warna hijau pekat gitu pada bancuhan. Itu efek french green clay yang import tadi. Si dia ini ada 2 fungsi:

1) absorption (serap)
2) adsorption (tarik keluar)

Serap dan tarik keluar semua segala mak nenek dalam pori-pori kita. Haish. Terbayang sesuatu pula. Kan.

Mesti awak terbayang vakum kan? hihi. Kita vakum tarik semua habuk itu. Best nya alahai.



Okay! Bahagian seterusnya Fana akan cerita beberapa bahan lain yang terkandung dalam DCM yang macam vakum ini. Pastu awak akan lebih teruja dan terus rasa nak grab satu tau. Stay tune!


No comments:

Post a Comment