Friday, 29 December 2017

MISI DETOKS MUKA BAHAGIAN TERAKHIR

Assalamualaikum semua. Okay! Ini bahagian terakhir untuk misi detoks muka kusam kita. Hihihi. Muka Fana pun sama. 

Bahagian pertama yang lepas, kita sudah tahu tentang kepentingan detoks muka kan. Lepas itu Fana ada cerita tentang apa yang terjadi pada kulit muka kita, jika kita tak singkirkan semua toksin berjemaah bawah kulit itu. Euuw sangat kan. 

Fana juga ada beri cadangan untuk awak cuba mary jardin punya detox clay mask. Sebab apa? Ada lah sebabnya dalam entry itu. 

Boleh baca semula di sini. Hihihi. 

Dua bahan utama dalam bahagian satu juga Fana dah diterangkan panjang lebar iaitu french green clay dan activated bentonite clay

Pastu, dalam bahagian kedua Fana ada sambung dua bahan penting lagi dalam detox clay mask; ekstrak betik dan zink oxide

Awak boleh baca di sini untuk lihat apa manfaat dua bahan terpilih ini. Memang bukan calang-calang entiti. 

Baiklah untuk bahagian terakhir ini, Fana akan ceritakan tiga lagi bahan yang terkandung dalam DCM yang super best ini. Ada lavender bud, oat dan activated charcoal.

Kalau lavender tu macam biasa lah kan, semua tahu dah apa manfaat lavender. Bagi yang selalu stress, sukar tidur, dan kemurungan, awak patut cuba hidu atau hidup dikelilingi lavender. Bau dia sangat menenangkan tau. Sangat! 

Nak tanam pokok lavender tak mampu nak jaga dan beli, awak beli saja minya lavender mary jardin. Pelbagai guna dan banyak khasiat untuk seluruh badan. 



Oh, oat! 

Semua orang tahu juga pasal oat ni kan. Boleh jadi skrub muka untuk buang sel kulit mati. Biji-biji oat dalam ini tak besar pun, just nice saja. Dalam sabun pun ada oat juga. Memang banyak kelebihan oat ini.

Okay!

Yang terakhir ialah activated charcoal. Bahan ini berfungsi untuk cuci pori kita dan buang adik-beradik head; whitehead dan blackhead. 



Complete kan? Baiklah, sebelum berakhir, sekarang ini sedang year end sale mary jardin. Ada 5 item semuanya. Tapi Fana sarankan awak semua grab basic set (ada 3 item) dan tuala mikrofibre yang gebu-gebas tu.



Ada sabun muka susu kambing, ada face oil dan detox clay mask. Tiada krim siang dan malam tau. 


Tuala ni punya lembut dan gebu, tak padan dengan cas positif yang dia ada untuk tarik segala sisa clay dan kotoran. 

Ya, daripada 5 item itu Fana cadang sungguh-sungguh agar awak beli dua item ini. Pelaburan yang berbaloi hingga akhir hayat anda. Basic set itu sebenarnya harganya ialah rm170, tapi sekarang ini jimat 70 tau. 

Sebelum awak tutup laman blog Fana ini, 

satu saja Fana nak cakap. Produk bahan semula jadi tak akan pernah mengecewakan. Muka adalah pinjaman dan amanah daripada Allah swt, oleh itu jagalah sebaik mungkin dan peliharalah keasliannya hingga kita memejam mata nanti. Tau tau tau. 

Bagi yang berminat untuk pinang dua hantaran ini, boleh wasap Fana (0132726248) segera. Sebab tawaran akan tamat hari AHAD ini. Tinggal 2 hari saja lagi. Bertindak segera ya. 




No comments:

Post a Comment