Wednesday, 10 January 2018

2 BAHAN BOLEH ATASI MASALAH KULIT MUKA KERING DAN MENGELUPAS

Assalamualaikum pembaca yang bahagia. Hari ini Fana nak kongsikan 2 bahan yang wujud dalam kosmetik atau skincare yang boleh selesaikan masalah kulit kering dan mengelupas anda. 

Ekstrak lavender dan ekstrak daun teh hijau.


ekstrak-teh-hijau-selesaikan-masalah-kulit-kering.jpg
Kredit kepada manfaattehijau123.blogspot


Menurut laman web Mary Jardin, teh hijau dan matcha adalah dua benda yang berbeza. Hari itu sepupu Fana balik bercuti semester. Dia belajar di Jepun. Sekali dia bawa balik hadiah coklat matcha dan biskut kapal yang femes itu. 

Matcha? Apa benda matcha ni, ma? 

Punyalah search dan tanya di facebook, sekali ada kawan tu cakap teh hijau. Fana pun macam "Oooo..."

Sebenarnya teh hijau lebih kepada daun teh itu sendiri, tapi matcha lebih kepada teh hijau yang telah diproses jadi serbuk. Gitulah ikut kefahaman Fana. 

Baik! 

Apa yang hebat sangat bahan ini untuk masalah kita sekarang? Kulit kering, mengelupas dan sensitif. 

Antara khasiat teh hijau ialah ia boleh jadi agen antipenuaan. Hah! Suka kan bab nak awet-awet muda ni kan. 

Kalau sebut penuaan mesti kita terbayang satu benda. Cuba awak teka apa dia?

Aha! Betul! 

KEDUTAN. 

Siap caps lock lagi tu. Betullah kedutan sangat berkait rapat dengan nampak tua daripada usia. 

ekstrak-lavender-selesaikan-masalah-kulit-kering.jpg
Kredit kepada allaboutmannatech.com


Sama juga dengan ekstrak lavender, salah satu fungsinya ialah antikedut. Kan Fana dah cakap kalau pakai serum insya-Allah nampak muda sebab dua bahan ini ada dalam serum yang berspf 30 itu. 

Selain anti-kedut, lavender juga berfungsi sebagai antiseptik, antifungal dan merawat jerawat. 

Maknanya bukan boleh selesaikan masalah orang berkulit kering saja, yang berkulit berminyak dan berjerawat juga. Lavender boleh matikan fungal bawah kulit yang menyebabkan jerawat itu. 

Bagi yang masih tercari-cari lagi skincare untuk kulit kering dan berjerawat, boleh wasap Fana (011-37182246)

Ini baru dua bahan tau Fana cerita. Ada lagi 1001 kelebihan serum spf 30 Mary Jardin. Next entry Fana cerita lagi. 

No comments:

Post a Comment