Tuesday, 2 January 2018

Basic Set Mary Jardin Bebas Kimia Dan Murah| ukhtimawar.com

Assalamualaikum pencinta bahan organik. Iyalah, kalau tidak anda tidak akan masuk rumah Fana ini kan. Jodoh itu namanya. Salam perkenalan ya. 

Fana yakin, anda yang sedang membaca ini sedang tercari-cari produk yang boleh menghilangkan beberapa masalah terbesar dalam hidup anda sekarang. 

Muka berminyak berpori besar. Whitehead dan blackhead bermaharajalela di dataran muka anda yang kasar lagi kusam itu. Seronok sudah dapat baby, tetapi muka kusam dan berjeragat pula waktu pantang. Aduh, nasib tidak meroyan sahaja tiap kali belek muka di cermin. 

Aha!

Fana ada satu cadangan bernas lagi murah untuk anda. Murah saja sebab kos dalam sehari hanya seringgit sepuluh sen saja. Murah ya amat kan. 

Bukan sahaja murah tau awak, senang dan tidak renyah juga. Hanya 3 langkah mudah sahaja. Tiada krim siang atau malam. Tiada bedak sejuk menyeramkan juga. 

Skincare ini sangat sesuai untuk kulit berminyak dan berjeragat. Bagi yang mencari produk hilangkan whitehead dan blackhead juga boleh dihentikan pencarian di sini. 

Ini dia. 3 item basic set Mary Jardin yang lengkap lagi mudah serta murah. Face soap; face oil dan detox clay mask. 




Impian untuk anda kecilkan pori secara alami akan selesaikan sebab pori tidak akan tersumbat lagi dengan berinci-inci krim. Hanya ada minyak yang kaya dengan pelbagai khasiat untuk penyerapan berganda dan sabun susu kambing tiada bahan kimia yang menipiskan kulit. 

Langkahnya semudah, pakai detox clay mask (dcm) dua kali seminggu untuk detoks muka kita yang berjemaah toksin di bawahnya. Untuk penggunaan harian seperti biasa, facial soap yang lembut teksturnya dan face oil yang menenangkan jiwa. 

Bagi yang belum tahu kepentingan untuk detoks muka, boleh baca segala asal usul dan manfaatnya di sini

Masa anda akan dapat dijimatkan. Tiada kelam-kabut tiap pagi. Tidak berkejaran dengan urusan anak-anak sampai terlupa kecantikan diri. Semudah dan semurah basic set Mary Jardin. Produk kecantikan murah tapi berkesan.


No comments:

Post a Comment