Friday, 5 January 2018

HANTARAN 20k, TAPI BUAT MAJLIS SIMPLE SATU HARI TANPA FOTOGRAFER

Assalamualaikum semua. Semalam masa kelas mengaji dengan kak Yati, macam-macam cerita keluar. Biasalah menjemah kan. Kak Yati ni mak andam tau. Banyak lah cerita pasal kahwin-kahwin dan hantaran bagai. Macam-macam perangai kastemer dia dah jumpa. 

Satu kisah paling menarik semalam ialah, ada seorang kastemer kak Yati buat majlis simple sangat. Muka boleh tahan, kerja pun bukanlah cikai sangat, tapi ambil keputusan buat majlis simple dan yang wajib saja.



Iya! Hantaran kak Ju tu RM20k tau. Banyak kan. Sebab sampai mak cik bawang kak Ju ada yang mengata. Dapat hantaran banyak, tapi buat majlis macam ini saja. 

Macam ini tu maksudnya kan pelamin simple ya amat, tiada majlis berarak kompang bagai (mak cik bawang kak Ju nak buat ada tol-tol tu) haha orang Melaka kan. Ops! Tercakap pula. 

Masa belek fb kak Yati tengok gambar pengantin tu, haah lah simple pelaminnya. Nak tahu tak? Sebenarnya kak Ju tak tempah baju nikah atau persalinan bersanding (kan dia tak mahu bersanding), tapi mak cik bawang bising suruh tempah satu baju lagi. 

Lalu dia pun tempah baju biru untuk tangkap gambar saja (niat asalnya). Dia nikah jam 10 gitu, pastu terus makan beradab. Tiada kompang pung pang bagai. Pastu terus duduk atas pelamin salam tangkap gambar dengan tetamu. 

Itu yang mak cik bawang kak Ju bising kenapa tak tukar baju (dia pakai baju nikah waktu tu), kenapa tak berarak, siap bandingkan dengan majlis anak-anak mak cik bawang lagi. 

Aduhai, dengar cerita kak Yati pun dah dapat rasa betapa tekanannya pengantin waktu itu. Dengan kak Yati sekali kena marah mak andam jenis apa bagai. Adududu.

Dek rimas dengan kebisingan mulut mak cik bawang, kak Ju pun salin baju biru tapi memang pertahankan untuk tak nak berarak. Awak tahu, mak cik bawang sekalian balik rumah awal merajuk dan tak bawa balik lauk bungkus pun. Fuh! Betapa mereka tak puas hati itu.

Padahal mak pengantin bekas pencen guru besar sekolah relaks saja dengan keputusan anak gadisnya. 

Kata pengantin, 

Buat apa buat majlis besar lepas tu hutang sana-sini. Baik duit hantaran lebih tu buat persediaan kehidupan lepas kahwin.

Aha! Padu ke tak padu pemikiran pandang ke depan pengantin kan?

Susah nak cari sekarang orang muda yang nak kahwin simple dan rela simpan duit untuk anak-pinak nanti. Kita yang tengah tulis ini pun tak nak cakap lebih, belum kahwin lagi juga. hihi.

Sekian cerita tauladan hari Jumaat. Jangan jadi mak cik bawang tau bila dah dewasa nanti. Ahaks.

No comments:

Post a Comment