Sunday, 7 January 2018

MY MARY JARDIN STORY: SYAFAAH

Assalamualaikum semua. Hari ini hari Ahad, selamat berhujung minggu semua. 

Fana nak share satu cerita seorang wanita besi muda. Syafaah namanya. Beliau ni teammate surilavender bersama Fana. Sya baru berusia 25 tahun dan surirumah muda sepenuh masa. 

Bila Fana baca biodata beliau, memang Fana teruja sangat. Beliau dapat buat sale 4 angka sejak bulan pertama join Mary Jardin. Tak pernah miss dalam senarai top 30 MJ superstar. Fuh! 

Banyak yang Fana dapat dalam sesi perkongsian #wanitabesi yang ketujuh ini. Sya ada cerita pelbagai rintangan yang beliau dan keluarga beliau hadapi untuk terus majukan hidup. 

Suatu ketika dahulu suami Sya pernah mempunyai simpanan yang banyak dan 'terhabis' dek keinginan zaman muda dulu. Huhuhu. Beli perabot rumah sampai rumah jadi elegan tau. Teringin nak pergi rumah beliau. 

Disebabkan itulah, Sya nekad bersungguh dalam MJ. Serius kesungguhan beliau memang terbukti berkesan. Idola sungguh!

Satu lagi yang Fana terkesan ialah untuk berjaya kita perlu ikut cakap leader kita. Buat saja tanpa persoal. Tiruvasi ikut cara kita sendiri, bukan tiru bulat-bulat hingga hilang identiti kita yang sebenar. 



Kalau kita sudah terbiasa tulis 'cinta', tulis saja 'cinta'. Jangan ikut leader tulis 'chenta'. Nanti jadi janggal dan bukan diri kita. 

Tip yang terakhir paling Fana terkesan ialah kita kena buat satu akaun khas untuk bisnes. Iya lah. Baru nampak untung bersih kita berapa sebenarnya. 

Fana waktu dengar tu kan macam haah lah. Hihi. Kalau kita penat buat kerja, tapi tak nampak untungnya.



Insya-Allah Fana akan perbaiki mana yang silap dan kurang. Memang best betul siri perkongsian My Mary Jardin Story ini. Dengar kisah orang lain dan ambil ibrah. Pastu kita selitkan ibrah dalam novel kita pula. Gitu. 

Jika ada yang ingin sertai Fana dan team, boleh wasap ya. Fana akan cuba guide dengan bahagia. Insya-Allah. 

www.wasap.my/60132726248/MencariBisnesPartnerSejati

  

No comments:

Post a Comment