Monday, 1 January 2018

SELAMAT TAHUN BAHARU 2018

Assalamualaikum semua. Selamat tahun baharu 2018! Alhamdulillah. Hari ini merupakan hari pertama kita berada di tahun baharu yang bakal lebih mencabar ini. 




Apa aktiviti anda sepanjang hari ini?

Kalau Fana sepanjang hari ini penuh. Hihi. Nak tidur tengah hari my feveret pun tak sempat. Pagi Fana ada mesyuarat ummah panggilan segera, petangnya pula kami sekeluarga belanja barang dapur sedikit di Mydin Mitc. Ramai ya amat orang di sana. Troli pun habis. haha. Nasib baik kami dah grab satu di tempat parking. Bijak kan kami!

Okay! 

Saja Fana nak buat entry ini. Mahu mengimbau kembali detik-detik penting sepanjang 2017. Ada yang manis dan ada yang pahit. Mungkin ada yang Fana pun terlupa rasa apa. hihi.

Tapi apa yang Fana ingat, tahun ini merupakan tahun yang mencabar luaran dan dalaman Fana. Dugaan nak tengok betul ke Fana ini boleh berdiri atas kaki sendiri. 

Bulan April yang lalu ada live di Suria fm bersama Abang Brian. Bila hidup selalu berteman ke sana sini, pergi ke bandar yang memerlukan baca peta, tuhan saja yang tahu betapa peratus tahap tawakal Fana pada-Nya. 




Bukan mudah live di radio rupanya. Prepare jawapan 6 muka surat beb. Sekali boleh cakap setiap soalan 2 hingga 3 minit saja. haha



Moga abang Brian disapa hidayah dengan segera. Sangat suka dengan Islam beliau ini. 


Kalau suruh pergi sekali lagi pun Fana tak ingat arahnya. Memang buta tsiqah pada waze. hahaha. Sudahlah kena bayar parking dua kali sebab cari kereta pusing-pusing silap level. Aduyai. 

Kali kedua Fana pandu sendirian ialah akhir tahun lepas. Fana pergi ke Bangi untuk hadiri Seminar Viral-lah, tuan Khairul Hakimin. Patutnya ini impian tahun 2018, tapi rezeki datang lepas beberapa hari sebut-sebut kata teringin pergi. Syukurrr. Dalam nebes nebes takut pandu seorang tu, dapat juga sampai awal dan 15 minit sebelum program berlangsung. Fuh! Kira terer lah kan. 


Jumpa adik nama sama dan bekas pelajar UniSZA juga. 


Terima kasih kepada ukhti Mimi sebab beri pinjam Froggy beliau. Moga Allah limpahi rezeki yang melimpah luah. Amin.

Tahun 2017 yang lalu juga mencatatkan betapa kerasnya Fana kerja untuk bangunkan kelas Tuisyen Himmah Fana. Hampir dua tahun Fana wujudkan kelas tuisyen murah untuk anak kampung Fana sendiri.  Insya-Allah niat suci kita Allah berkati. 


Sepatutnya ada 10 orang. 


5 daripada mereka dapat masuk sekolah asrama yang agak bagus dalam Melaka. Alhamdulillah. Tahun 2018 bakal memberi sinar harapan yang lebih cemerlang buat Tuisyen Himmah. Amin. Ruang belajar yang lebih selesa mungkin?

Alhamdulillah juga untuk rezeki buku kedua Fana. Bulan Oktober akhir yang lepas, kak ngah Fana telah selamat dilahirkan. Cakap Biar Serupa Bikin nama diberi. 


Setiap penulis memang akan ternanti-nanti poster yang ini. 

Sudahlah warna wow Fana warna biru dan hitam. Cover kak ngah pun kena temanya. Rezeki orang kata. Terima kasih Karya Bestari dan kak Amal, editor super detail Fana. Berkat kena tegur berkali-kali, inilah hasil yang terbaik kami persembahkan.

Kak ngah lebih berisi, matang, tiada pembuangan masa dan pastinya lebih punya bahasa yang elok. Buku santai hasil beberapa cantuman mutiara daripada buku-buku fikrah yang sukar didapati dan difahami. 

Fana cuba untuk mudahkan bahasanya agar masyarakat umum juga bisa dapat manfaat daripada buku-buku gerakan harakah. Memang rugi siapa tak baca tau. 


Itu muka seharian muntah dek terkena angin Terengganu. 


Sekali lagi Fana syukur pada Allah swt. Tahun ini membuka satu lembaran lebih lagi keberadaan bidang darah wanita dalam masyarakat umum. Semakin ramai yang boleh terima dan mula cakna. Alhamdulillah, nikmat paling seronok Fana rasa.

Impian nak buat ebook pada masa depan telah Fana rintis dengan nota kecil 5 ASAS ILMU DARAH WANITA. Buat masa ini Fana bagi secara percuma untuk pembeli kombo kak long dan kak ngah. 




Fuh! Penat Fana taip. Senyum simpul tau taip semua ini. Banyak sangat kenangan manis. Walaupun target nak kahwin bulan Oktober tak tercapai, relaks saja lah. Siapa suruh letak target awal padahal calon pun belum ada kan. Hahaha. 

Memang pun akan timbul cemburu bagai tengok insta kawan-kawan atau akhawat tunjuk suami dan anak comel memasing, tapi pujuk diri dengan 


Allah bagi nikmat pada mereka dengan cara itu. Allah bagi aku nikmat dengan cara ini. Dapat jadi artis kan? hahah. 

Cewah! Orang sanguine dan lahir bulan April ini memang jenis pandai motivasi diri tau. Gitulah setiap kali setan datang cucuk kufur nikmat hasad bagai. 

Jadi, kita postpone bulan Oktober tahun ini lah eh. Amin kan lah kau orang ini. 

Okay satu lagi kejayaan terbesar tahun ini ialah Fana ceburkan diri dalam bisnes online Mary Jardin yang sangat best tak menyesal join. Ahah sampai gitu sekali kan. Bersyukur sangat dapat masuk team surilavender bawah supervise bonda Ira. Team yang sangat supportive dan belajar banyak benda baharu. 


Inilah bonda Ira. Muda saja lagi. Tapi best panggil bonda. 


Kenangan retreat Disember lalu. Best sangat tau! 

Tapi ada beberapa yang tak tercapai sebenarnya. Antaranya ialah baca buku sebanyak 30 buah. Fana dapat 19 saja. Tahun 2016 lagi teruk. 15 saja kot. Insya-Allah tahun ini nak sungguh-sungguh capai target.

Satu yang Fana perasan apa kelemahan yang sampai tak tercapai target. Apa kau orang rasa?

Yep. Sebab Fana tak tepek vision board di dinding bilik. Fana tulis dalam diari, tapi itupun sangat umum tak detail. Jadinya 2018 Fana dah siapkan satu "MISI 2018"

Fana buat atas kad manila dan tampal apa impian tahun ini. Setiap pagi, tengah hari, petang, malam memang Fana tengok. Ada perubahan dari segi positif diri Fana. Siap buat wallpaper laptop tau. 

Kau orang pun patut buat tau! Eh, mana boleh bagi tunjuk board Fana. Ada rahsia negara dalam tu. Ahaks! 

No comments:

Post a Comment