Thursday, 15 February 2018

Siapa Peduli Emosi Kita

Dua hari sudah Fana log out facebook. Rasa macam sedih sangat dan kesal dengan apa yang berlaku. Tular di sini sana akhawat buat post tentang akhwat yang berniaga di medium facebook ini. 

Akhawat lagi kah dia?

Ayat ni paling tak boleh blah lah. Alamak tercakap blah pula. Maaf maaf. Banyak siri posting yang sebenarnya Fana pun tak tahu ia berlegar, lepas masulah post di group usrah, okay baru tahu ada isu besar melanda. 

Memang rasa down sangat sebab Fana dapat rasa Fana antara punca semua ni berlaku. Ayat salah satu posting itu tentang:


Ada akhawat ana selalu follow sebab selalu post pasal sharing basah, tapi sekarang asyik pasal bisnes saja. 

Memang nampak sangat transisi tu. Akhawat dah tak like dan komen post Fana lagi. Even bukan posting bisnes MJ. Dan seakan semuanya sudah berlainan dunia. Berbeza. 

Fana tak pernah salahkan jemaah atau dakwah itu sendiri. Apa yang silap adalah bagaimana sesama akhawat deal dengan perasaan, sangkaan, pendapat dan  rasa membuak menyampah dengan apa yang akhawat lain buat. 

Sampaikan ada akhawat yang tak reply mesej Fana walaupun sudah baca. Dua kali Fana hantar. Benda penting pula itu. Aduh! Sedih, geram semua bercampur. 

Tak suka dengan sikap kita yang asyik post pasal bisnes, tak post pasal tarbiah, hilang identiti, berlagak macam Nealofa selfie sana sini, sampaikan sosok kita sendiri mereka tak suka. Kira boikot lah tu eh. 

Kan selalu dalam tazkirah cakap, benci apa yang orang itu buat, tegur. Dan bukan benci orangnya terus. 

Sudah berbelas tahun dalam tarbiah, tahun ini adalah yang paling mencabar sungguh. Berhadapan dengan pendapat yang pelbagai sisi kematangan bikin diri sendiri terawang antara kesempitan diri, pendapat orang lain, prinsip sendiri. 

Kalau rasa silap, tegurlah tanpa ada perasaan benci. Tegurlah secara personal tanpa mengaibkan di sana sini. Kita banyak follower, orang share kita punya posting bukan bermakna kita MENANG dan yang diperli tanpa pembelaan itu KALAH. 

Anda telah menyesakkan emosi dia. Anda telah menghancurkan semangat dia. Anda telah membuatkan dia rasa ingin lari. Anda telah membuatkan dia murung dan rasa tiada orang disekelilingnya. Jika ada yang pergi, andalah penyebabnya.

Berhati-hatilah dalam memberi nasihat. Media sosial bukan segalanya.  Suruh kami berbalik kepada asolah akhawat sebenar, kembalilah anda semua kepada asolah method nasihat yang sebenar. 




Duniaku gelap dengan kesuraman ukhuwah dulu. 

2 comments:

  1. Be Strong dik fana, insyaAllah Allah tahu apa niat kita. Sentiasa doakan agar Allah kurniakan kekuatan pada fana & semoga Allah kelilingi fana dengan insan insan yang jujur dan ikhlas

    ReplyDelete
  2. Allahumma ameen. Thanks kak Ezza! Doakan tau.

    ReplyDelete