Saturday, 16 June 2018

Apa Kaitan Pondan Dengan Maqasid Syariah? Kenapa Fana Suruh Tangkap Mereka?

Siapa yang ikuti artikel pendek Fana kelmarin pasal Safiey Ilias dan pengiktirafan pada golongan pondan atau maknyah, memang akan rasa geram kan? 

Golongan mereka ini bukan hanya berpakaian seperti perempuan secara tertutup tau, atau di kelab-kelab malam sahaja tau, tapi golongan mereka berpakaian, berpewatakan dan bersosial dengan masyarakat dalam fizikal wanita secara TERBUKA DI TEMPAT AWAM. Seperti tiada apa dan bukan suatu kesalahan atau dosa.  

Baju ketat, rambut ikal menggerbang, solekan tebal, beg tangan, kereta mewah, barangan kemas dan TEMAN LELAKI. Fuh, memang mencabar kewanitaan Fana tau. Yang benar-benar wanita pun tak berlagak seperti itu. 

Tapi suara tetap kepit dan berlakon halus lembut menyampah!

Kenapalah Fana rasa tak suka sangat dengan golongan ini dan masyarakat awam yang menerima mereka? Bukan isu diskriminasi atau dakwah tak berhikmah tau. Tapi bertahun lamanya kita hanya paparkan mereka di dada akhbar untuk tatapan umum tapi tiada tindakan undang-undang kepada mereka. 


Maqasid Syariah


Suka Fana ceritakan sedikit kaitan aktiviti maknyah yang berleluasa ini dengan maqasid syariah. Ia membawa maksud setiap pensyariatan ada tujuan yang tertentu. maqasid ialah tujuan dan syariah ialah pensyariatan agama. 

Solat ada tujuannya. Puasa pun ada tujuan yang tertentu. Larangan berzina pun ada tujuannya. 

Jom kita lihat lima aspek yang perlu dijaga atau dipelihara dalam maqasid syariah. 

Apa-Kaitan-Pondan-Dengan-Maqasid-Syariah-1



  1. menjaga agama
  2. menjaga nyawa
  3. menjaga akal
  4. menjaga keturunan
  5. menjaga harta

Apa tujuan pensyariatan larangan berzina? Cuba anda teka berdasarkan lima aspek di atas. 

Ya, betul. Larangan berzina disyariatkan agar dapat terpelihara keturunan, nyawa dan sudah semestinya agama. Zina akan hasilkan anak haram (keturunan); dapat anak haram dibunuh (nyawa); dan perempuan mengandung bunuh diri (nyawa dan agama).

Hah, faham kan? 

Samalah juga dengan pensyariatan "haram menyerupai jantina lain". 

Jaga keturunan daripada dapat mak bukan perempuan. Sebab golongan ini ada pakwe. Hidup umpama pasangan kekasih padahal gay sebenarnya. Lelaki dengan lelaki. 

Jaga agama. Sebab golongan ini banyak ubah ciptaan dan mula meragui fitrah yang Allah jadikan. Suka persoalkan ketentuan Allah yang asal. 

Jaga nyawa, harta dan akal pun termasuk juga. Hidup liar di kelab-kelab malam sambil minum arak dan 'berzina', bukanlah suatu tuntutan agama dalam merealisasikan kebebasan hak asasi manusia.

Mereka kira mereka hanya berpakaian seperti wanita sahaja, rupanya mereka jauh daripada itu. Kasihan!

No comments:

Post a Comment