Friday, 28 September 2018

Istiqamah Menuju Kemenangan

Istiqamah-Menuju-Kemenangan-1

Istiqamah itu perlu diasah dan dicari. Dalam hidup, jika kita mendambakan istiqamah dan konsisten dalam apa sahaja, kita perlu bawa diri dan jiwa kita ke arah itu.

Doa semata tidak akan membenarkan segalanya kecuali dengan izin-Nya. Usaha juga penentu yang kukuh.

Jika istiqamah dan tsabat yang didambakan dalam dakwah dan tarbiah, kita semestinya kekalkan diri duduk dalam kalangan sahabat setarbiah yang solehah. Usah jauhkan diri kita dan mula menuduh bahawa kita sudah tidak serasi dan ini merupakan takdir Ilahi.

Jika istiqamah dalam beribadat yang diingini, paksalah diri untuk berada lama di atas tikar sejadah. Pegang tasbih dan Al-Quran sesegera selepas teringat. Rancang ibadat mana yang mahu dikonsistenkan dan beramallah dengan perancangan itu.
Istiqamah bukan sekadar dalam doa.


Farhana Zali
Masih Rotan Jiwa Sendiri.

No comments:

Post a Comment