Saturday, 29 September 2018

Suatu Kisah Manis Tentang Penghijrahan di Rabithah Beliawanis

Ini kisah yang paling menyentuh hati minggu lepas. Kisah ini diceritakan oleh Aisyah, si gadis muka artis. huhu. Waktu kali pertama jumpa Aisyah, Fana cakap yang muka Aisyah macam Afiq Shazwan budak baru nak up (bbnu) itu, kawan di tepi semua tengok angguk-angguk dan senyum mengiyakan.

Haahlah. Ada ada. Kenmain semua eksaited.

Maaflah, akak ni walaupun tiada Astro Ria, tapi kenallah juga bbnu bagai itu.

Sabtu lepas kami buat siri Rabithah Beliawanis yang pertama di Taman Seribu Bunga. Nama saja begitu, jujurnya kalau lihat bukan seribu bunga pun, tapi seribu daun. Maaf lagi. Terkutuk pula negeri sendiri.

Suatu-Kisah-Manis-Tentang-Penghijrahan-di-Rabithah-Beliawanis-1

Selepas habis talk pasal Student Cliche, kami bukalah ruang soal jawab. Pada mulanya semua malu-malu ayam, bila seorang sudah angkat tangan, yang lain pun terpengaruh sama.

Ada yang tanya tentang masalah keyakinan diri, masalah keluarga dan masalah sukarnya untuk memahami Bahasa Inggeris yang dalam kebanyakan buku subjek mereka.

Akak faham sangat, dik. Akak dulu kejutan budaya juga bila datang UniSZA. Sudahlah buku bahasa Arab, pensyarah mengajar dalam bahasa Terengganu pekat pula, akak rasa dik akak macam belajar luar negara tau.

Korok mung.
Bodo mung.

Kau ingat akak senang-senang saja ke boleh terima bahasa mereka ni. Tapi lama-lama terselam sama. Hahaha. Okay kita balik kepada cerita Rabithah Beliawanis tadi.

Tiba-tiba kan Fana teringat. Eh, ada bawa 2 buku untuk dijadikan hadiah lah. Ada kak long, Basikal Karat dan kak ngah, CBSB juga. Mahu beri hadiah percuma, mestilah mereka kena buat kerja sikit. Suruhlah kakak ketua beliawanis UTEM, RosAzima Ahmad tanya soalan.

"Apa yang awak dapat sepanjang 3 program kita setakat ini?

Macam biasalah Izzati yang bertudung kelabu dalam gambar itu angkat tangan. Memang saat Fana cakap ada bawa buku muka dia yang paling teruja nak.

Okay kisah yang Fana nak cerita ini sebenarnya kisah si tudung merah, Aisyah yang comel. Alah yang muka macam Afiq Shazwan itu.

Suatu-Kisah-Manis-Tentang-Penghijrahan-di-Rabithah-Beliawanis-2

Masa pertama kali Fana jumpa Aisyah 3 minggu lepas dalam program Running Iman, sungguh berbeza dengan Aisyah yang dalam gambar itu. Sungguh berbeza.

Sebab itulah masa pagi di taman itu ternampak Aisyah sopan berselendang labuh dan baju pun longgar, hati Fana terus tersentuh. Ya Allah, comelnya.

Aisyah cerita. Dia sebenarnya ada beli tudung bidang 60 masa jalan-jalan hari itu. Dia suka tengok kawan serumahnya, Izzati dan Syafikah bertudung labuh. Tetiba saja hati Aisyah terdetik macam best saja. Dia terdetik nak jadi macam itu juga. Tiba-tiba.

Itulah hidayah. Kita tak akan sangka bila dia datang secepat kilat dan tak diduga pun. Fana pun sangat terkejut sebenarnya.

Aisyah cakap best program dengan kami dan seronok dapat kenal akak-akak. Dia cakap yang dia dapat banyak ilmu agama yang jarang dia dapat. Aisyah cakap yang dia sedar yang dengan tudung labuh dan menutup aurat pun masih boleh berfesyen dan cantik. Macam akak-akak lah.

Bila Aisyah cakap macam itu, terus Fana tengok diri sendiri dan akhawat kiri kanan. Siapa yang cantik berfesyen itu. Hahaha. Kelakar pula rasa. Semua kakak macam selekeh saja.

Aisyah cakap dia rasa lebih dihormati bila dia bertudung labuh sikit daripada dahulu. Part ini Fana memang setuju. Orang lelaki akan lebih hormat perempuan yang menutup dan menjaga pergaulan berbanding yang seksi terbuka sana-sini.

Begitulah indahnya bila hidayah dah menyapa. Kita tak sedar pun bila kita berubah dan tiba-tiba saja tengok cermin, eh comel juga aku pakai baju longgar begini. Syukur. Terima kasih ya Allah. Kau hadirkan insan begini untuk mentarbiah kami.

Masa jalan nak bergambar, Fana nasihatkan Aisyah dan Izzati. Perubahan yang kita nak lakukan ini jika mahu kekal lama, jangan berubah terlalu drastik. Biasanya yang begitu jarang kekal lama. Biar lambat tapi istiqamah. Allah sayang kita sebenarnya. Sebab itu Allah beri peluang untuk berhijrah.

Aisyah pun cakap memang dia nak berubah slow-slow. Sebab baju Aisyah banyak yang tak ikut syarak. Kecil dan pendek. Makan masa sikitlah. Take your time, Aisyah!

Fana rasa Sabtu lepas adalah hari yang paling berbunga. Hilang segala penat bila dengar pengakuan suci anak-anak muda. Moga Allah sentiasa sayang kita dan kekalkan kita dengan sahabat yang soleh.

Suatu-Kisah-Manis-Tentang-Penghijrahan-di-Rabithah-Beliawanis-3


Kawan-kawan, tolong doakan Aisyah dan kita semua istiqamah berada di jalan yang lurus ya.

Farhana Zali
Kisah Orang Lain Ibarat Waze.

No comments:

Post a Comment