Friday, 31 May 2019

Fatrah & Naqo Dalam Haid

Anda geng fatrah atau geng naqo'?



Ceh! Kenmain tajuk kan. Okay seperti yang ramai kata 'nak' tengah hari tadi, Fana pun belek semula kitab dan ulangkaji sedikit tentang 2 adik-beradik kembar ini tapi lain perangai.

Seorang nama 'fatrah'.
Seorang lagi nama 'naqo'.

Jangan buat nama anak pula ya.

Isu utama yang penting untuk si fatrah dan naqo' ini adalah ia istilah bagi masa selang antara hari-hari haid kita. Kan kalau kita datang haid, ada hari darahnya keluar, ada hari darah tidak keluar. Part tidak keluar itu isunya.

Contoh;

Hari pertama hingga hari ke-3: darah keluar
Hari ke-4 hingga ke-6: tuala wanita bersih
Hari ke-7 hingga ke-11: darah keluar dan bersih pada hari ke-7

Itulah isunya. Tiada darah yang keluar. Boleh jadi 2 situasi itu masa selang. Amma!

Kosong itu adakala boleh jadi fatrah, adakala boleh jadi naqo'.

Okay. Faham ke setakat ini? Boleh Fana teruskan lagi?

Fatrah: memang kosong di tuala wanita, tapi bila check guna kapas, ada kesan warna darah pada kapas.

Naqo': memang kosong ni tuala wanita, tapi bila check guna kapas pun bersih juga. Tiada kesan darah pada kapas.

Nampak bezanya, kawan-kawan?

Fatrah ada darah pada kapas. 
Naqo' tiada darah pada kapas.

Ops! Jangan tidur dulu. Sedikit saja lagi.

Jika keadaannya fatrah (ada kesan darah); masa selang itu dikira haid juga. Kiranya hari ke-4 hingga ke-6 itu termasuk dalam hari-hari haid. Ini tiada khilaf tau.

Jika keadaanya naqo' (kapas bersih), boleh jadi haid dan boleh jadi suci juga. Tapi perincian yang ini Fana macam perlu buat siri lain lah. Nanti acik-acik pening lalat kalau sambung. 🤣

Boleh ke acik-acik semua? Komen sikit faham ke idok? Kalau dah faham tag member lain tau. Biar dia dapat ilmu tambah darah dia sendiri.

Farhana Zali
Acik Darah Manis. Bajet.

#belajardarahwanita #like #comment #share

No comments:

Post a Comment