Sunday, 14 July 2019

Nak Cantik Tak Salah

Lama rasanya tak menulis di sini. Berbulan tak silap saya. Assalamualaikum semua. Moga sihat dan bahagia hendaknya.




Petang Ahad ini terpanggil nak tulis sesuatu. Sejak dua menjak ini saya lihat trend mencantikkan diri agak mengambil tempat dalam medis sosial. Sampai di Twitterjaya pun orang perempuan post gambar selfie merata-rata. Suruh vote lah mana yang cantik lah. Yang teman lelaki pun pakat up gambar teman wanita haramnya yang konon cun. 

Fuh hela napas panjang saya. 

Bagi saya, nak mencantikkan diri tidak salah sama sekali. Orang dakwah juga perlu kelihatan cantik dan bergaya. Semua orang ada hak untuk tampil cantik. 

Mencantikkan diri dan memperkemas diri salah satu manifestasi kita sayang dan hormat diri kita. Bagaimana kita layan diri kita, begitu jugalah orang lain akan layan kita. 

Pilihan skincare, pilihan baju dan tudung atau shawl, pilihan aksesori dan tatarias wajah semuanya bergantung pada individu wanita itu sendiri. Mahal atau murah bergantung kemampuan. 

Saya selalu kalau duduk dengan akhawat terutamanya adik-adik IPT, saya memang akan selitkan taujihat pasal cantik ini. Walau bagaimanapun kita nak tampil cantik dan berhias, ruh akhawat sebenar jangan ditinggalkan. 

Dahulu mana ada akhawat pakai shawl, agak peliklah. Tapi sekarang normal saja. Shawl tak salah langsung, tapi kalau belitan atau gaya kita itu keterlaluan dan sama macam orang biasa tak buat dakwah, bagi saya agak menarik perhatian. 

Apa-apa pun kalau saya, bawal adalah tudung paling best dan selamat. Hihi sila jangan kecam. 

Satu lagi adalah part baju. Sekarang ini ramai juga saya lihat akhawat gerakan dakwah pakai baju kebaya atau kurung moden paras bawah punggung saja bajunya. Gulp. Serius bagi saya memang tak sesuai. Baju yang sesuai untuk muslimah sebenar adalah yang menutup bahagian paha kita. Sebab kalau baju pendek bila duduk memang akan menampakkan bahagian paha kita. 

Dan juga skincare. Kadang-kadang muka polos pun boleh nampak sangat sedap mata memandang bila dalaman kita tenang dan bahagia. Kan apa yang ada di dalam akan terpancar di luar? 

Tidak perlu foundation tebal pun kadang-kadang. Cukup sedikit bedak atau bb cushion dan calitan nipis lipmatte, muka akhawat boleh tampil sangat prentable dan manis dipandang. Ditambah senyuman pula tu, fuh memang memikat. 

Lagi-lagi kalau nak jumpa adik usrah dan mad'u, kenalah kemas dan cantik lebih sikit. 

Wallahu 'alam ini pendapat saya semata. Wara' (berhati-hati) dalam isu pakaian mungkin kita boleh didik diri kita. Tidak terlalu terikut trend sangat. 

Ini saya selitkan beberapa tip untuk tampil berani, cantik dan sedap mata memandang di khalayak ramai.

  1. Yakin dengan diri sendiri
  2. Tidak terlalu rigid; fleksibel kan diri dan idea
  3. Pilih warna wow dan sesuai dengan majlis
  4. Senyum
  5. Duduk tegak dan jalan tenang
  6. Ringankan mulut
  7. Lebihkan mendengar daripada bercakap
  8. Seloroh bila dalam perbualan (buat orang selesa)
  9. Pakai yang kita selesa dan syariah compliant
  10. Banyakkan berzikir hatta dalam hati

Apa yang ada di dalam memang akan dikeluarkan oleh diri kita. Oleh itu, bersihkan hati dan banyakkan intim dengan Allah ya Rahman antara tip utama yang semua kena buat dahulu. Bagaimana cantik kita hias luaran kita, takkan nampak cantik di mata Allah pun. 

Selamat mencuba! 


No comments:

Post a Comment